Thursday, April 25, 2013

Khasiat Delima

Dapatkan Pati Delima Gulsan Made in Turkey Rm25 /botol 250ml (Postage Free)

Khasiat Delimaanrioksidan, , hidung berdarah, ksihatan jantung,  

 

Artikel tulisan Dr. Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) terbit dalam akhbar Sinar Harian (edisi KL/Selangor) padaFebruari 5, 2013.
Delima (Punica granatum) merupakan salah satu jenis buah-buahan paling tua pernah diketahui manusia. Maklumat mengenainya ditemui dalam bentuk tulisan dan artifak pelbagai budaya dan agama. Delima yang dipercayai berasal dari Parsi kaya dengan pelbagai nutrien dan amat bermanfaat untuk kesihatan.
       Dalam Quran delima disebut dalam tiga surah. Yang pertama dalam surah al-An'am (maksudnya):  "...... dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang serupa (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak serupa." [al-An'am: 99]. Yang kedua dalam surah yang sama juga (maksudnya): "....... dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan rasanya; dan buah zaitun dan delima, yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak serupa (rasanya)." [al-An'am: 141]. Ia juga disebut dalam surah ar-Rahmaan (maksudnya), "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima." (ar-Rahmaan: 55).
      Dalam ketiga-tiga ayat tersebut ALLAH hanya menyebut delima secara umum. Namun setiap nikmat kurniaan ALLAH untuk kegunaan manusia memang memiliki manfaat.
     Salah satu nikmat dunia dalam bentuk manfaat yang dicipta ALLAH pada buah delima ialah setiap orang yang melihat kepada isinya yang masak ranum nescaya akan memuji, "SubhaanAllah, cantiknya warna isi buah delima ini." Manfaat lain yang ketara setakat ini ialah kebaikan pengambilan dan penggunaannya untuk kesejahteraan kesihataan.
Seluruh bahagian pokok
     Manfaat delima untuk kesejahteraan kesihatan bukan hanya terdapat pada isinya yang berwarna merah atau merah jambu malah pada keseluruhan bahagian pokok delima. Boleh dikatkan seseluruhan bahagian pokok delima bersifat astringen. Astringen ialah suatu sifat yang membantu mengecutkan tisu dan salur darah. Sebab itu kulit batang, kulit buah dan daun delima sesuai digunakan untuk mengatasi diarea.
     Ia juga boleh digunakan untuk memberhentikan darah luka. Caranya ialah lumatkan daun delima dan dipupuk pada luka. Sepertimana daun sirih, daun delima juga mampu memberhentikan hidung berdarah. Menempel daun delima yang dikunyah berupaya memberhentikan gusi berdarah.
   Sifat astingen keseluruhan bahagian pokok delima ini mungkin sesuai digunakan untuk mempercepat penyembuhan luka dalaman yang dialami oleh mereka yang terlibat dalam kemalangan. Begitu juga yang mengalami tisu memar kerana terhantuk atau dipukul. Ia juga mungkin berguna dijadikan sebagai salah satu ramuan jamu untuk wanita selepas bersalin. 
     Keseluruhan  bahagian pokok delima termasuk isi dan bijinya juga sesuai digunakan untuk meredakan muntah dan loya. Manfaatnya meredakan loya yang biasa dialami oleh wanita mengandung dkatakan telah terbukti oleh mereka yang mengambilnya. Pengambilan secara kerap dikatakan membantu mengelakkan keguguran.
    Rasa buah delima yang masam manis (kadang-kala kelat) membantu mengembalikan selera makan terutama kepada mereka yang sedang sakit, mengalami stres berpanjangan dan terlalu lama mengambil ubat. Keadaan tersebut biasanya menyebabkan sel-sel lidah (dan tekak) seseorang kurang peka kepada kebanyakan jenis makanan.
Vitamin C dan bioflavonoids
    Pengambilan jus delima secara berpanjangan membantu memulihara kesihatan hati,  mata, otak dan pelbagai jenis oran tubuh secara keseluruhan. Kandungan vitamin C yang tinggi, pelbagai jenisbioflavonoids dan asid folik dipercayai menyumbang ke arah kesejahteraan kesihatan secara keseluruhan. Kandungan vitamin C yang tinggi danbioflavonoids menyebabkan ia sesuai diambil bagi memendekkan tempoh demam selsema, flu, batuk dan sakit tekak.
     Jus delima berupaya menyejukkan tubuh. Ia sesuai diambil oleh mereka yang mengalami demam dengan suhu badan tinggi seperti flu dan denggi. Penghidap gatritis (penyakit gastrik) juga dikatakan sesuai mengambil jus delima bagi menyeimbangkan paras asid dalam perut. Jus delima segar yang ditambah madu asli sesuai diambil untuk meredakan sakit kepala dan migren.
     Sesetengah wanita yang mengalami menopos mudah mengalami kemurungan dan kurang bersemangat. Jus delima diambil secara berpanjangan dikatakan membantu meredakan masalah tersebut. Sebuah berita baik untuk lelaki dan wanita iaitu jus delima dikatakan berupaya membantu mengembalikan libido (selera seks) seperti dilaorkan dalamJournal of Urology 2005). Mereka yang berhasrat agar sentiasa mendapatkan tahap libido yang optima boleh cuba mengambil jus delima secara berpanjangan.
     Nafas berbau boleh diatasi dengan mengunyah beberapa butir isi dan biji delima. Rebusan kulit buah delima yang direbus boleh dijadikan larutan berkumur untuk mengatasi masalah yang sama. Bunga delima boleh digunakan untuk menguatkan gusi dan gigi. Pengambilan teh yang disediakan dengan merendam bunga delima dengan air panas secara berterusan dapat mengelakkan pembentukan plak pada gigi serta mengelakkan kerosakkan gigi dan gusi.
     Di samping buah delima kaya dengan pelbagai jenis bioflavonoidsantara lain seperti asid chlorogenic, asid ursolic, asid gallic, ellagitannins, catechins dan resveratrol. Salah satu sifat penting bahan-bahan tersebut ialah ia bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan ialah bahan atau agen yang mampu menutral radikal bebas. Radikal bebas ialah bahan yang amat reaktif yang boleh merosakkan pelbagai jenis komponen tubuh.
     Tubuh kita mengeluarkan beberapa jenis bahan antioksidan termasuk yang terpenting iaitu glutathione. mereka yang kerap makan sayur-sayuran dan buah-buahan dikatakan sukar mengalami penyakit (pelbagai jenis). Ia kerana bahan-bahan antioksidan dari makanan tersebut membantu mengawal radikal bebas. Jadi, walau pun tubuh kita mengeluarkan bahan-bahan antioksidan, pengambil makanan yang mengandungi bahan antioksidan amat diperlukan tubuh.
     Pengambilan jus delima asli amat baik diamalkan kerana ia bersifat sebagai agen antipenuaan. Sebuah kajian seperti dilaporkan dalam jurnalClinical Nutrition (2004) mendapati pengambilan jus delima kurang dari seperempat cawan setiap hari mengurangkan plak berlemak dalam arteri jantung.
Kesihatan jantung
      Plak berkurangan tiga belas peratus selepas tiga bulan pengambilan dan dua puluh enam peratus selepas sembilan bulan. Selepas setahun plak berkurangan sebanyak tiga puluh lima peratus! Saintis yang menjalankan kajian berpendapat kesan positif tersebut berpunca dari tindakan beberapa jenis polifenol yang terdapat dalam buah delima.
     Kandungan polifenol dalam buah delima ialah antara 2,200 - 10,500 bahagian per sejuta. Untuk pengetahuan anda, bioflavonoids adalah sub-kelas kepada polifenol. Penghidap diabetes dikatakan mempunyai paras radkal yang tinggi dalan tubuh mereka. Begitu juga mereka yang mengalami stres berpanjangan, terlantar sakit, kanser dan bergantung kepada ubat-ubatan moden sepanjang hayat.
  Pengambilan ubat-ubatan kemoterapi (termasuk ubat-ubatan antivirus), radioterapi dikatakan menyebabkan tubuh bertoksin dan tinggi dengan radikal bebas. Pengambilan jus delima dipercayai dapat mengawal paras radikal bebas yang tinggi berpunca dari semua keadaan tersebut. 

     Sila baca artikel berjudul Kesihatan Jantung: Delima atau Statin

Hakcipta Terpelihara
Dr. Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Apricot Seed Story




RM 28 / 300gm
  Whatapps / Tel: 6018-3690782 (WakSab)
  

For the prevention of cancer, that is for those that currently have cancer or for those that would like to prevent cancer, this information is for you.


Vitamin B-17 is found in most fruit seeds. Its components make it vital for our survival without cancer. Seeds are for everyone to eat. Don't wait and see if you develop cancer to start eating the seeds. Vitamin B17 is found in seeds such as:
Apricot
Apple
Peach
Cherry
Grapes

We don't need to make the seed a main course in our diets, but we do need the equivalent of about seven apricots seeds per day.This will nearly guarantee a cancer free life. Apricot seeds have the highest content of B-17 on earth. They are chewable and bitter and a necessity in our diet. Although apricot seeds are bitter, they must be integrated into our diets.

Kajian Pakar Kanser tentang Vitamin B17



 Dr John Morrone 

Pada tahun 1962, Dr John Morrone melaporkan hasil dari rawatan yang beliau gunakan laetrile (B17 Injection). Kajian yang beliau lakukan terhadap  pesakit kanser  yang berada tahap "inoperable cancer." Rawatan di lakukan selama  4 hingga  43 minggu. 3-9 gm Laetrile ( B17 Iv )  telah diberikan melalui suntikan intravena.  Morrone telah membuat sebuah kesimpulan hasil rawatan kanser yang menggunakan B17 injection.

Laporan beliau: "penggunaan laetrile ... dalam  kes kanser metastasis, memberikan kelegaan dari kesakitan yang dramatik, menghentikan pengambilan  narkotik secara berterusan, kawalan bau busuk  dari  tumor, menambahkan selera dengan lebih baik, dan pengurangan adenopathy [bengkak nodus limfa]. Hasil dari keputusan rawatan yang di beri ini, beliau mencadangkan, penggunaan Vitamin B17 injection di berikan kepada pesakit kanser regresi lesi malignan .... Tiada kesan sampingan yang lain [selain daripada tekanan rendah rendah, sedikit gatal-gatal dan sensasi haba di kawasan-kawasan yang terjejas ] "





Dr Manuel Navarro

Manuel Navarro, MD, bekas profesor perubatan dan pembedahan di yang Univ. Santo Tomas di Manilla menulis pada tahun 1971: 

Melakukan kajian dalam bidang Onkologi [kajian tumor] melebihi  18. Pada masa yang sama juga beliau telah menggunakan Laetrile amygdalin dalam rawatan pesakit kansernya. Selama 18 tahun juga beliau telah merawat  sebanyak lebih lima ratus pesakit dengan laetrile amygdalin melalui berbagai cara termasuk melalui makan ( oral ) dan Iv  ( iIntravenous ). 
Hampir  kebanyakan pesakit beliau rawatan  Laetrile-amygdalin telah berada pada tahap  4. Perkembangan  mereka di teliti dengan cara klinikal. sebagai seorang pakar onkologi , pengamal  dan penyelidik dalam bidang kanser , beliau mempunyai  kelayakan untuk  membuat keputusan  dan menggalakkan dengan penggunaan Laetrile amygdalin dalam rawatan pesakit kanser  tahap terminal.



Burton Goldberg

Kebanyakan  doktor  seramai  1116 orang  yang mengikuti  program anti-kanser  di Perubatan Alternatif Burton Goldberg  melaporkan keputusan positif  apabila mengambil laetrile sebagai sebahagian daripada program rawatan kanser mereka. 
Robert Atkins, MD, menyatakan bahawa "amygdalin muncul untuk meneutralkan mempromosikan kanser oksidatif sebatian seperti radikal bebas .... Ia hanya satu lagi komponen penting untuk menjaga kanser daripada tumbuh atau merebak. Bertentangan dengan apa yang orang telah berkata tentang laetrile ... ia perlu dianggap berkesan untuk rawatan sepenuhnya  dan 'selamat untuk semua jenis kanser. "


Dr Emesto Contreras

Dr Emesto Contreras telah digunakan laetrile sebagai asas dalam merawat  kanser. Amalan ini di lakukan  sejak tahun 1963.  Beliau mendapati bahawa "Untuk pencegahan kanser dan penyelenggaraan remitan,  tidak ada  yang lebih  berkesan selain  laetrile .... 

Nontoxicity membenarkan penggunaannya selama-lamanya manakala pembedahan, radiasi dan kemoterapi hanya boleh ditadbir untuk masa yang terhad .... yang majoriti kanser yang berlaku lebih kerap, seperti kanser paru-paru, payudara, kolon, ovari, perut, esofagus, prostat, dan limfoma, banyak dibantu oleh laetrile. "