Sunday, March 29, 2015

Habbatus-Sauda, Asid Urik & Gout

Habbatus-Sauda, Asid Urik & Gout





Gout :
Gout adalah satu jenis penyakit yang dialami oleh sendi-sendi, khususnya sendi yang terdapat pada ibu jari kaki yang menyebabkan rasa sakit yang serius kepada si penderita penyakit ini. Gout juga boleh mengakibatkan gangguan & kacau bilau ke atas fungsi kedua-dua buah pinggang & boleh juga menyebabkan batu karang di dalam buah pinggang (ginjal).

Gout terhasil akibat kenaikan kadar asid urik di dalam darah. Kebiasaannya, tahap semulajadi asid urik di dalam darah tidak melebihi dari 7mg/100ml (7mg asid urik pada setiap bahagian 100ml darah) seorang yang normal. Tahap asid urik ini berbeza mengikut umur & jantina. Pada kanak-kanak lelaki & perempuan yang belum mencapai umur sekitar 6 tahun, tahap asid urik ini ialah 3mg/100ml. Manakala selepas kadar baligh pula tahap ini bertambah pada kaum lelaki dengan kadar yang lebih tinggi dari kaum wanita.

Beberapa faktor fizikal memainkan peranan & memberi kesan dalam menentukan tahap asid urik. Ketinggian seseorang & berat badannya serta tanggungjawab seseorang & tahap tekanan darah berkemungkinan berkadar songsang dengan tahap kandungan urik asid. Dalam ertikata lain, lebih tinggi & lebih berat seseorang itu maka lebih tinggi tahap urik asid di dalam darahnya. Maka tidak hairanlah, tahap asid urik ini meningkat di kalangan orang-orang kaya & cerdik pandai.

Para pengkaji telah menganggarkan bahawa 2-17% dari kalangan orang ramai mengalami serangan kenaikan tahap asid urik. Kenaikan tahap asid urik tidak seiring dengan apa sahaja serangan yang biasa di mana hanya 5% dari mereka itu yang mengalami gout. Dianggarkan nisbah kejadian gout di barat pada 13-37% dari bilangan penduduk. Pada asasnya, gout ini terjadi  di kalangan kaum lelaki. Nisbah kaum wanita yang menderita gout tidak melebihi dari 5% dari semua kes. Terdapat 6-18% kes gout di kalangan kaum wanita di dalam sesuatu keluarga.

Dinukilkan di dalam buku "Clinical Medicine" cetakan tahun 1990 bahawa gout terjadi dengan meluas di kalangan golongan elit (kelas tinggi & pertengahan) di dalam sesuatu masyarakat. Manakala 50% dari penderita penyakit ini adalah dari kalangan mereka yang ketagih alkohol. Serangan gout yang serius terjadi kebiasaannya pada jam pertama di waktu pagi di mana si penderita akan mengalami rasa sakit yang amat sangat & mencucuk-cucuk di bahagian sendi ibu jari kakinya.

Rawatan Gout :
Rasa sakit gout yang serius ini boleh dirawati dengan "Indomethacin". Adapun sebagai langkah-langkah berjaga-jaga dari ditimpa gout maka hendaklah digunakan :
1. Ubat yang mengurangkan pembentukan asid urik, seperti "Zyluric" & "Allopurinol".
2. Ubat yang menambah kadar pembuangan asid urik melalui air kencing, seperti "Probenecid" atau "Sulfinpyrazone".

Soalan :
Oleh yang demikian, adakah Habbatus-Sauda boleh meningkatkan kadar pembuangan asid urik di dalam air kencing?

Habbatus-Sauda & Asid Urik :
Di dalam tahun 1982, Doktor Muhammad Ad-Dukhooknoni telah menyiarkan hasil satu kajian di dalam jilid ke 2 "Perubatan Islam" di mana kajian ini merangkumi ujikaji yang dijalankan ke atas ciri-ciri perubatan yang dimiliki oleh beberapa campuran Habbatus-Sauda. Ujikaji ini telah dijalankan ke atas tikus-tikus.

Di dalam ujikaji ini telah digunakan sekumpulan tikus yang mempunyai berat yang berbeza-beza antara 250-300gm. Tikus-tikus ini telah diberikan makanan yang terdiri dari roti & susu masam. Air kencing setiap 2 ekor tikus ini telah dikumpulkan pada setiap 24 jam & anggaran kadar asid urik disempurnakan di sepanjang tempoh itu. Kemudian, sekumpulan tikus ini telah disuntik dengan suntikan 4gm/kg dari juzuk karbonil & Thymouquinone (bahan yang terdapat di dalam Habbatus-Sauda) setiap hari selama 5 hari. Hasilnya jelas sekali bahawa pati Habbatus-Sauda mempunyai kesan yang aktif dalam menambahkan pengeluaran asid urik di dalam air kencing. Sesungguhnya, kadar pengeluaran asid urik di dalam air kencing yang dilakukan oleh tikus-tikus itu bertambah berkali ganda pada hari-hari permulaan ujikaji tersebut.

Ini adalah kajian permulaan, maka tidak dapat tidak kajian-kajian lain hendaklah dijalankan ke atas haiwan-haiwan & manusia sebelum kesimpulan terakhir diberikan mengenai kesan Habbatus-Sauda ke atas asid urik.

Credit to : Rahsia Perubatan Habbatus-Sauda. Oleh : Doktor Hassan Syamsi Baasya

Thursday, May 8, 2014

Air Minuman GAU


Air adalah kurniaan Tuhan. Kita memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 60-70% air. Ia memainkan peranan penting dalam fungsi-fungsi organ seperti membantu mengangkut nutrien, mengawal suhu badan, membantu proses pencernaan, membawa zat-zat makanan dan lain-lain lagi. Hanya dengan meminum air yang berkualiti, barulah kita akan dapat memiliki tubuh badan yang kuat dan sihat. Air yang berkualiti mengandungi zat-zat galian yang diperlukan oleh badan, beralkali (pH 7.0-8.5), bebas daripada kuman, bahan kimia atau logam berat yang merbahaya.
Air Minuman GAU telah dikategorikan sebagai air berkualiti kerana ia mengandungi kadar garam galian yang tinggi (TDS 294 mg/I) dan beralkali (pH 7.9). Nilai kealkaliannya adalah lebih daripada nilai pH darah kita iaitu pH 7.4.
Air Minuman GAU dapat meneutralkan dan menyingkirkan sisa-sisa berasid yang terkumpul dalam badan kita. Ia juga berupaya mengimbangkan paras pH tubuh kita untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit, terutama penyakit kronik. Lebih-lebih lagi, Air Minuman Gau berupaya membekalkan zat-zat galian yang diperlukan oleh tubuh untuk menjaga kesihatan dan kecergasan badan.    
“KANDUNGAN MINERALNYA ANTARA YANG TERBAIK SELEPAS AIR ZAM-ZAM”

KENAPA ANDA PERLU MINUM AIR?                                                                    
Kita  memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 60-70% tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup sehingga 70 hari tanpa makan tetapi hanya bertahan sehingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kesihatan. Air juga penting sebagai ajen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh serta membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan dalam keadaan stabil. Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum 8 gelas air dalam sehari. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah 2 gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, 2 gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, 2 gelas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan 2 gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian.
BERAPA BANYAK AIR YANG SEHARUSNYA KITA MINUM?
2 liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan 8 gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi(panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih daripada 8 gelas air sehari.
AIR ADALAH KEPERLUAN KEDUA SETELAH UDARA BAGI TUBUH ANDA
Tubuh kita terdiri daripada 70% air dan 30% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air digunakan sehari. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.
MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Malah air memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan.

Tuesday, April 29, 2014

PENAWAR AL-IBRIZ UNTUK DIABETES

PENAWAR AL-IBRIZ


PENGENALAN PRODUK:
Penawar Al-Ibriz merupakan produk kesihatan yang tergolong dalam kumpulan Vitamin dan makanan
tambahan (Supplement).
Penawar Al-Ibriz merupakan produk kesihatan berasaskan 100% mineral semula jadi.
Menurut kajian , tubuh kita sebenarnya memerlukan mineral-mineral yang secukupnya untuk sel-sel
tubuh berfungsi dengan sebaiknya.

Tubuh badan kita terdiri lebih daripada 61 jenis mineral yang memiliki pelbagai fungsi yang tersendiri.
Setiap daripada mineral-mineral tersebut membantu melancarkan fungsi sel-sel dalam tubuh manusia,
sekaligus membolehkan organ-organ dalaman tubuh berfungsi secara normal.



Sila hubungi saya untuk pembelian secara online RM30/pack..call/sms/whtaps 018-369 0782...
Insyaa Allah kita berdoa ,berusaha dan bertawakal...kesembuhan milik Allah..
Hanya Allah Maha Penyembuh...

Tanda-tanda atau simptom kencing manis

tanda kencing manis
Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis.
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda megenalpasti tanda-tanda tersebut untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa kencing manis.


Jenis kencing manis

Terdapat dua jenis diabetes - Jenis 1 (Type 1) dan Jenis 2 (Type 2). Kira-kira 90 peratus daripada pesakit kencing manis adalah dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin.
Perbezaan kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah bagi Jenis 1 badan tidak menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan / atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi. Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.


Simptom kencing manis

Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai orang yang menghidapi Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.
Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.

10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis
  1. Paras gula darah tinggi
    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
  2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
    Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
    Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
    Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
  3. Hilang berat badan secara tiba-tiba
    Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
  4. Sentiasa rasa lapar
    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.
    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
  5. Luka lambat sembuh
    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.
  6. Keletihan dan cepat marah
    Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
  7. Terdedah kepada jangkitan kulat
    Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
  8. Penglihatan kabur
    Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.
    Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
  9. Sensasi pada tangan dan kaki
    Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
  10. Kulit merengsa
    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Sunday, January 5, 2014

7 kebaikan minum kopi


Kita selalu dimomokkan dengan cerita minum kopi tak bagus. Betul tak? Tapi di sini saya nak kongsikan dengan pembaca, 7 kebaikan minum kopi yang tak pernah diceritakan.

1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam

Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik

Meminum kopi
pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke

Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7. Mencegah Penyakit Gout
The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!

Sunday, December 29, 2013

Tangan sakit dan kebas


KESAKITAN pada tangan dan rasa kebas pada jari sehingga menyebabkan cawan yang dipegang ketika minum terlepas jatuh, membaca akhbar tidak lagi menyeronokkan kerana sukar untuk memegangnya, memandu kereta tidak lagi mengujakan kerana kesukaran mengawal stereng dan tidur malam tidak lagi lena kerana terjaga disebabkan sakit pada tangan. Ini semua antara aduan biasa pesakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) kepada doktor ketika mendapatkan rawatan.
CTS bermaksud gejala sakit dan kebas pada tangan serta jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah disebabkan urat saraf median yang melalui terowong dalam pergelangan tangan terhimpit dan tidak berfungsi dengan baik. Apa saja keadaan yang menyebabkan pembengkakan tisu atau perubahan pada kedudukan tisu dalam terowong pergelangan tangan akan menyebabkan saraf median terhimpit dan mengganggu fungsinya.

Dalam kebanyakan kes, penyebab CTS tidak diketahui tetapi keadaan yang biasa dikaitkan dengan CTS ialah obesiti, mengandung, hypothyroidism (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal), artritis, kencing manis dan trauma.
Radang pada urat tendon berikutan kerja berulang seperti menaip juga boleh menyebabkan terjadinya CTS.

Penyakit yang jarang berlaku seperti amilodosis (penyusupan hepar), sarkoidosis (gangguan tidak diketahui sebabnya menyebabkan nodus limfa pada kebanyakan bahagian tubuh membesar), multiple myeloma (penyakit malignan pada sum-sum tulang) dan leukemia juga boleh menyebabkan CTS.

Selalunya, pesakit CTS peringkat awal akan berasa kebas dan semut–semut pada sebahagian tapak tangan serta ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Gejala ini akan lebih teruk pada waktu malam sehingga boleh membangunkan pesakit daripada tidur. Ini kerana keadaan pergelangan tangan yang membengkok ketika tidur atau disebabkan pembengkakan tisu oleh pengumpulan cecair pada pergelangan tangan ketika berbaring.

CTS boleh jadi bersifat sementara dan boleh sembuh sepenuhnya atau boleh menjadi lebih teruk dan kekal. Apabila penyakit itu menjadi lebih teruk, pesakit boleh mendapat gejala seperti rasa terbakar, kekejangan dan tangan lemah disebabkan oleh otot tangan mengecut. Kehilangan kekuatan tangan untuk memegang dan rasa sakit yang mencucuk dalam lengan menyukarkan seseorang yang mendapat CTS untuk bekerja dan melakukan kerja rumah.
Diagnosis CTS boleh dilakukan berdasarkan taburan kawasan gejala sakit dan kebas pada tapak tangan dan jari yang terbabit. Doktor akan memeriksa pergelangan tangan yang terbabit untuk melihat tanda bengkak, kehangatan, radang, cacat dan perubahan warna kulit. Pemeriksaan leher, bahu dan lengan yang terbabit penting untuk memastikan tidak ada masalah lain yang mungkin menjadi penyebab kepada gejala yang sama.

Doktor akan melakukan ujian Tinel’s iaitu dengan mengetuk dengan jari pada pergelangan tangan untuk menghasilkan rasa sesemut pada tapak tangan dan ujian Phalen’s dengan membengkokkan pergelangan tangan seketika untuk menghasilkan semula gejala sakit dan kebas pada tangan. Diagnosis adalah sangat mungkin apabila ujian kelajuan konduksi saraf yang dilakukan ke atas pesakit tidak normal. Ujian ini membabitkan pengukuran tahap kelajuan impuls elektrik apabila mereka bergerak di sepanjang saraf.

Dalam carpal tunnel syndrome, impuls menjadi lambat ketika mereka melalui terowong pergelangan tangan terbabit. Pemeriksaan otot elektromiogram ekstremitas (EMG) kadangkala dilakukan untuk mengecualikan atau mengesan keadaan yang lain yang mungkin menyerupai carpal tunnel syndrome. X-ray pergelangan tangan dilakukan untuk mengenal pasti kelainan pada tulang dan sendi.

Pemilihan jenis rawatan untuk CTS bergantung kepada tahap gejala dan kewujudan penyakit dasar yang menyebabkan terjadinya CTS. Rawatan awal selalunya dengan merehatkan tangan terbabit, pemakaian sokongan pada pergelangan tangan dan tuam ais.

Individu yang mempunyai pekerjaan yang membuatkan gejala CTS bertambah teruk perlu melakukan perubahan kepada cara kerja mereka, contohnya papan kekunci komputer dan ketinggian kerusi perlu diselaraskan untuk keselesaan optimum.

Masalah atau penyakit dasar perlu dirawat secara individu. Obesiti perlu dirawat dengan pengurangan berat badan. Bengkak pergelangan tangan yang disebabkan oleh mengandung akan menghilang selepas bayi dilahirkan. Beberapa ubat biasa diguna bagi merawat CTS iaitu Vitamin B6 (pyridoxine) dilaporkan mampu melegakan gejala CTS. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) turut mengurangkan radang dan sakit. Kesan sampingan NSAIDs termasuk gangguan pada sistem usus dan perut. Ubat ini perlu diambil bersama makanan. Corticosteroids boleh diberi melalui oral atau secara suntikan ke dalam bahagian yang terbabit. Kebanyakan pesakit CTS merasa lega atau gembira selepas rawatan secara konservatif dan ubat-ubatan. Dalam kes tertentu tekanan yang kronik terhadap saraf median boleh menyebabkan kebas dan tangan lemah yang berkekalan. Untuk mengelak kesan yang serius daripada urat saraf dan otot terbabit, rawatan secara pembedahan mesti dipilih.
sumber # Artikel ini disiarkan pada : 2011/06/25

Sunday, December 1, 2013

Kesan bacaan Al-Quran terhadap otak dan organ manusia

Kesan bacaan Al-Quran terhadap otak dan organ manusia

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. 

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu. 

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit. 

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya. 

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. 

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman. 

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. 

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan. 

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang. 

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204). 

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ). 

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

*Sumber dari khalifahalhidayah.blogspot.com