Sunday, March 29, 2015

Habbatus-Sauda, Asid Urik & Gout

Habbatus-Sauda, Asid Urik & Gout





Gout :
Gout adalah satu jenis penyakit yang dialami oleh sendi-sendi, khususnya sendi yang terdapat pada ibu jari kaki yang menyebabkan rasa sakit yang serius kepada si penderita penyakit ini. Gout juga boleh mengakibatkan gangguan & kacau bilau ke atas fungsi kedua-dua buah pinggang & boleh juga menyebabkan batu karang di dalam buah pinggang (ginjal).

Gout terhasil akibat kenaikan kadar asid urik di dalam darah. Kebiasaannya, tahap semulajadi asid urik di dalam darah tidak melebihi dari 7mg/100ml (7mg asid urik pada setiap bahagian 100ml darah) seorang yang normal. Tahap asid urik ini berbeza mengikut umur & jantina. Pada kanak-kanak lelaki & perempuan yang belum mencapai umur sekitar 6 tahun, tahap asid urik ini ialah 3mg/100ml. Manakala selepas kadar baligh pula tahap ini bertambah pada kaum lelaki dengan kadar yang lebih tinggi dari kaum wanita.

Beberapa faktor fizikal memainkan peranan & memberi kesan dalam menentukan tahap asid urik. Ketinggian seseorang & berat badannya serta tanggungjawab seseorang & tahap tekanan darah berkemungkinan berkadar songsang dengan tahap kandungan urik asid. Dalam ertikata lain, lebih tinggi & lebih berat seseorang itu maka lebih tinggi tahap urik asid di dalam darahnya. Maka tidak hairanlah, tahap asid urik ini meningkat di kalangan orang-orang kaya & cerdik pandai.

Para pengkaji telah menganggarkan bahawa 2-17% dari kalangan orang ramai mengalami serangan kenaikan tahap asid urik. Kenaikan tahap asid urik tidak seiring dengan apa sahaja serangan yang biasa di mana hanya 5% dari mereka itu yang mengalami gout. Dianggarkan nisbah kejadian gout di barat pada 13-37% dari bilangan penduduk. Pada asasnya, gout ini terjadi  di kalangan kaum lelaki. Nisbah kaum wanita yang menderita gout tidak melebihi dari 5% dari semua kes. Terdapat 6-18% kes gout di kalangan kaum wanita di dalam sesuatu keluarga.

Dinukilkan di dalam buku "Clinical Medicine" cetakan tahun 1990 bahawa gout terjadi dengan meluas di kalangan golongan elit (kelas tinggi & pertengahan) di dalam sesuatu masyarakat. Manakala 50% dari penderita penyakit ini adalah dari kalangan mereka yang ketagih alkohol. Serangan gout yang serius terjadi kebiasaannya pada jam pertama di waktu pagi di mana si penderita akan mengalami rasa sakit yang amat sangat & mencucuk-cucuk di bahagian sendi ibu jari kakinya.

Rawatan Gout :
Rasa sakit gout yang serius ini boleh dirawati dengan "Indomethacin". Adapun sebagai langkah-langkah berjaga-jaga dari ditimpa gout maka hendaklah digunakan :
1. Ubat yang mengurangkan pembentukan asid urik, seperti "Zyluric" & "Allopurinol".
2. Ubat yang menambah kadar pembuangan asid urik melalui air kencing, seperti "Probenecid" atau "Sulfinpyrazone".

Soalan :
Oleh yang demikian, adakah Habbatus-Sauda boleh meningkatkan kadar pembuangan asid urik di dalam air kencing?

Habbatus-Sauda & Asid Urik :
Di dalam tahun 1982, Doktor Muhammad Ad-Dukhooknoni telah menyiarkan hasil satu kajian di dalam jilid ke 2 "Perubatan Islam" di mana kajian ini merangkumi ujikaji yang dijalankan ke atas ciri-ciri perubatan yang dimiliki oleh beberapa campuran Habbatus-Sauda. Ujikaji ini telah dijalankan ke atas tikus-tikus.

Di dalam ujikaji ini telah digunakan sekumpulan tikus yang mempunyai berat yang berbeza-beza antara 250-300gm. Tikus-tikus ini telah diberikan makanan yang terdiri dari roti & susu masam. Air kencing setiap 2 ekor tikus ini telah dikumpulkan pada setiap 24 jam & anggaran kadar asid urik disempurnakan di sepanjang tempoh itu. Kemudian, sekumpulan tikus ini telah disuntik dengan suntikan 4gm/kg dari juzuk karbonil & Thymouquinone (bahan yang terdapat di dalam Habbatus-Sauda) setiap hari selama 5 hari. Hasilnya jelas sekali bahawa pati Habbatus-Sauda mempunyai kesan yang aktif dalam menambahkan pengeluaran asid urik di dalam air kencing. Sesungguhnya, kadar pengeluaran asid urik di dalam air kencing yang dilakukan oleh tikus-tikus itu bertambah berkali ganda pada hari-hari permulaan ujikaji tersebut.

Ini adalah kajian permulaan, maka tidak dapat tidak kajian-kajian lain hendaklah dijalankan ke atas haiwan-haiwan & manusia sebelum kesimpulan terakhir diberikan mengenai kesan Habbatus-Sauda ke atas asid urik.

Credit to : Rahsia Perubatan Habbatus-Sauda. Oleh : Doktor Hassan Syamsi Baasya

No comments: