Sunday, December 29, 2013

Tangan sakit dan kebas


KESAKITAN pada tangan dan rasa kebas pada jari sehingga menyebabkan cawan yang dipegang ketika minum terlepas jatuh, membaca akhbar tidak lagi menyeronokkan kerana sukar untuk memegangnya, memandu kereta tidak lagi mengujakan kerana kesukaran mengawal stereng dan tidur malam tidak lagi lena kerana terjaga disebabkan sakit pada tangan. Ini semua antara aduan biasa pesakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) kepada doktor ketika mendapatkan rawatan.
CTS bermaksud gejala sakit dan kebas pada tangan serta jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah disebabkan urat saraf median yang melalui terowong dalam pergelangan tangan terhimpit dan tidak berfungsi dengan baik. Apa saja keadaan yang menyebabkan pembengkakan tisu atau perubahan pada kedudukan tisu dalam terowong pergelangan tangan akan menyebabkan saraf median terhimpit dan mengganggu fungsinya.

Dalam kebanyakan kes, penyebab CTS tidak diketahui tetapi keadaan yang biasa dikaitkan dengan CTS ialah obesiti, mengandung, hypothyroidism (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal), artritis, kencing manis dan trauma.
Radang pada urat tendon berikutan kerja berulang seperti menaip juga boleh menyebabkan terjadinya CTS.

Penyakit yang jarang berlaku seperti amilodosis (penyusupan hepar), sarkoidosis (gangguan tidak diketahui sebabnya menyebabkan nodus limfa pada kebanyakan bahagian tubuh membesar), multiple myeloma (penyakit malignan pada sum-sum tulang) dan leukemia juga boleh menyebabkan CTS.

Selalunya, pesakit CTS peringkat awal akan berasa kebas dan semut–semut pada sebahagian tapak tangan serta ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Gejala ini akan lebih teruk pada waktu malam sehingga boleh membangunkan pesakit daripada tidur. Ini kerana keadaan pergelangan tangan yang membengkok ketika tidur atau disebabkan pembengkakan tisu oleh pengumpulan cecair pada pergelangan tangan ketika berbaring.

CTS boleh jadi bersifat sementara dan boleh sembuh sepenuhnya atau boleh menjadi lebih teruk dan kekal. Apabila penyakit itu menjadi lebih teruk, pesakit boleh mendapat gejala seperti rasa terbakar, kekejangan dan tangan lemah disebabkan oleh otot tangan mengecut. Kehilangan kekuatan tangan untuk memegang dan rasa sakit yang mencucuk dalam lengan menyukarkan seseorang yang mendapat CTS untuk bekerja dan melakukan kerja rumah.
Diagnosis CTS boleh dilakukan berdasarkan taburan kawasan gejala sakit dan kebas pada tapak tangan dan jari yang terbabit. Doktor akan memeriksa pergelangan tangan yang terbabit untuk melihat tanda bengkak, kehangatan, radang, cacat dan perubahan warna kulit. Pemeriksaan leher, bahu dan lengan yang terbabit penting untuk memastikan tidak ada masalah lain yang mungkin menjadi penyebab kepada gejala yang sama.

Doktor akan melakukan ujian Tinel’s iaitu dengan mengetuk dengan jari pada pergelangan tangan untuk menghasilkan rasa sesemut pada tapak tangan dan ujian Phalen’s dengan membengkokkan pergelangan tangan seketika untuk menghasilkan semula gejala sakit dan kebas pada tangan. Diagnosis adalah sangat mungkin apabila ujian kelajuan konduksi saraf yang dilakukan ke atas pesakit tidak normal. Ujian ini membabitkan pengukuran tahap kelajuan impuls elektrik apabila mereka bergerak di sepanjang saraf.

Dalam carpal tunnel syndrome, impuls menjadi lambat ketika mereka melalui terowong pergelangan tangan terbabit. Pemeriksaan otot elektromiogram ekstremitas (EMG) kadangkala dilakukan untuk mengecualikan atau mengesan keadaan yang lain yang mungkin menyerupai carpal tunnel syndrome. X-ray pergelangan tangan dilakukan untuk mengenal pasti kelainan pada tulang dan sendi.

Pemilihan jenis rawatan untuk CTS bergantung kepada tahap gejala dan kewujudan penyakit dasar yang menyebabkan terjadinya CTS. Rawatan awal selalunya dengan merehatkan tangan terbabit, pemakaian sokongan pada pergelangan tangan dan tuam ais.

Individu yang mempunyai pekerjaan yang membuatkan gejala CTS bertambah teruk perlu melakukan perubahan kepada cara kerja mereka, contohnya papan kekunci komputer dan ketinggian kerusi perlu diselaraskan untuk keselesaan optimum.

Masalah atau penyakit dasar perlu dirawat secara individu. Obesiti perlu dirawat dengan pengurangan berat badan. Bengkak pergelangan tangan yang disebabkan oleh mengandung akan menghilang selepas bayi dilahirkan. Beberapa ubat biasa diguna bagi merawat CTS iaitu Vitamin B6 (pyridoxine) dilaporkan mampu melegakan gejala CTS. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) turut mengurangkan radang dan sakit. Kesan sampingan NSAIDs termasuk gangguan pada sistem usus dan perut. Ubat ini perlu diambil bersama makanan. Corticosteroids boleh diberi melalui oral atau secara suntikan ke dalam bahagian yang terbabit. Kebanyakan pesakit CTS merasa lega atau gembira selepas rawatan secara konservatif dan ubat-ubatan. Dalam kes tertentu tekanan yang kronik terhadap saraf median boleh menyebabkan kebas dan tangan lemah yang berkekalan. Untuk mengelak kesan yang serius daripada urat saraf dan otot terbabit, rawatan secara pembedahan mesti dipilih.
sumber # Artikel ini disiarkan pada : 2011/06/25

Sunday, December 1, 2013

Kesan bacaan Al-Quran terhadap otak dan organ manusia

Kesan bacaan Al-Quran terhadap otak dan organ manusia

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. 

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu. 

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit. 

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya. 

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. 

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman. 

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. 

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan. 

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang. 

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204). 

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ). 

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

*Sumber dari khalifahalhidayah.blogspot.com