Saturday, May 4, 2013

Padah melukis inai!!


BEWARE!!!
Padah melukis inai di tangan dengan produk yang "no status"

Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:

“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.

wallahu’alam.

* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .

Bahaya minum ais??





Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

Baca ini.. Ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!

Thursday, April 25, 2013

Khasiat Delima

Dapatkan Pati Delima Gulsan Made in Turkey Rm25 /botol 250ml (Postage Free)

Khasiat Delimaanrioksidan, , hidung berdarah, ksihatan jantung,  

 

Artikel tulisan Dr. Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) terbit dalam akhbar Sinar Harian (edisi KL/Selangor) padaFebruari 5, 2013.
Delima (Punica granatum) merupakan salah satu jenis buah-buahan paling tua pernah diketahui manusia. Maklumat mengenainya ditemui dalam bentuk tulisan dan artifak pelbagai budaya dan agama. Delima yang dipercayai berasal dari Parsi kaya dengan pelbagai nutrien dan amat bermanfaat untuk kesihatan.
       Dalam Quran delima disebut dalam tiga surah. Yang pertama dalam surah al-An'am (maksudnya):  "...... dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang serupa (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak serupa." [al-An'am: 99]. Yang kedua dalam surah yang sama juga (maksudnya): "....... dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan rasanya; dan buah zaitun dan delima, yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak serupa (rasanya)." [al-An'am: 141]. Ia juga disebut dalam surah ar-Rahmaan (maksudnya), "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima." (ar-Rahmaan: 55).
      Dalam ketiga-tiga ayat tersebut ALLAH hanya menyebut delima secara umum. Namun setiap nikmat kurniaan ALLAH untuk kegunaan manusia memang memiliki manfaat.
     Salah satu nikmat dunia dalam bentuk manfaat yang dicipta ALLAH pada buah delima ialah setiap orang yang melihat kepada isinya yang masak ranum nescaya akan memuji, "SubhaanAllah, cantiknya warna isi buah delima ini." Manfaat lain yang ketara setakat ini ialah kebaikan pengambilan dan penggunaannya untuk kesejahteraan kesihataan.
Seluruh bahagian pokok
     Manfaat delima untuk kesejahteraan kesihatan bukan hanya terdapat pada isinya yang berwarna merah atau merah jambu malah pada keseluruhan bahagian pokok delima. Boleh dikatkan seseluruhan bahagian pokok delima bersifat astringen. Astringen ialah suatu sifat yang membantu mengecutkan tisu dan salur darah. Sebab itu kulit batang, kulit buah dan daun delima sesuai digunakan untuk mengatasi diarea.
     Ia juga boleh digunakan untuk memberhentikan darah luka. Caranya ialah lumatkan daun delima dan dipupuk pada luka. Sepertimana daun sirih, daun delima juga mampu memberhentikan hidung berdarah. Menempel daun delima yang dikunyah berupaya memberhentikan gusi berdarah.
   Sifat astingen keseluruhan bahagian pokok delima ini mungkin sesuai digunakan untuk mempercepat penyembuhan luka dalaman yang dialami oleh mereka yang terlibat dalam kemalangan. Begitu juga yang mengalami tisu memar kerana terhantuk atau dipukul. Ia juga mungkin berguna dijadikan sebagai salah satu ramuan jamu untuk wanita selepas bersalin. 
     Keseluruhan  bahagian pokok delima termasuk isi dan bijinya juga sesuai digunakan untuk meredakan muntah dan loya. Manfaatnya meredakan loya yang biasa dialami oleh wanita mengandung dkatakan telah terbukti oleh mereka yang mengambilnya. Pengambilan secara kerap dikatakan membantu mengelakkan keguguran.
    Rasa buah delima yang masam manis (kadang-kala kelat) membantu mengembalikan selera makan terutama kepada mereka yang sedang sakit, mengalami stres berpanjangan dan terlalu lama mengambil ubat. Keadaan tersebut biasanya menyebabkan sel-sel lidah (dan tekak) seseorang kurang peka kepada kebanyakan jenis makanan.
Vitamin C dan bioflavonoids
    Pengambilan jus delima secara berpanjangan membantu memulihara kesihatan hati,  mata, otak dan pelbagai jenis oran tubuh secara keseluruhan. Kandungan vitamin C yang tinggi, pelbagai jenisbioflavonoids dan asid folik dipercayai menyumbang ke arah kesejahteraan kesihatan secara keseluruhan. Kandungan vitamin C yang tinggi danbioflavonoids menyebabkan ia sesuai diambil bagi memendekkan tempoh demam selsema, flu, batuk dan sakit tekak.
     Jus delima berupaya menyejukkan tubuh. Ia sesuai diambil oleh mereka yang mengalami demam dengan suhu badan tinggi seperti flu dan denggi. Penghidap gatritis (penyakit gastrik) juga dikatakan sesuai mengambil jus delima bagi menyeimbangkan paras asid dalam perut. Jus delima segar yang ditambah madu asli sesuai diambil untuk meredakan sakit kepala dan migren.
     Sesetengah wanita yang mengalami menopos mudah mengalami kemurungan dan kurang bersemangat. Jus delima diambil secara berpanjangan dikatakan membantu meredakan masalah tersebut. Sebuah berita baik untuk lelaki dan wanita iaitu jus delima dikatakan berupaya membantu mengembalikan libido (selera seks) seperti dilaorkan dalamJournal of Urology 2005). Mereka yang berhasrat agar sentiasa mendapatkan tahap libido yang optima boleh cuba mengambil jus delima secara berpanjangan.
     Nafas berbau boleh diatasi dengan mengunyah beberapa butir isi dan biji delima. Rebusan kulit buah delima yang direbus boleh dijadikan larutan berkumur untuk mengatasi masalah yang sama. Bunga delima boleh digunakan untuk menguatkan gusi dan gigi. Pengambilan teh yang disediakan dengan merendam bunga delima dengan air panas secara berterusan dapat mengelakkan pembentukan plak pada gigi serta mengelakkan kerosakkan gigi dan gusi.
     Di samping buah delima kaya dengan pelbagai jenis bioflavonoidsantara lain seperti asid chlorogenic, asid ursolic, asid gallic, ellagitannins, catechins dan resveratrol. Salah satu sifat penting bahan-bahan tersebut ialah ia bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan ialah bahan atau agen yang mampu menutral radikal bebas. Radikal bebas ialah bahan yang amat reaktif yang boleh merosakkan pelbagai jenis komponen tubuh.
     Tubuh kita mengeluarkan beberapa jenis bahan antioksidan termasuk yang terpenting iaitu glutathione. mereka yang kerap makan sayur-sayuran dan buah-buahan dikatakan sukar mengalami penyakit (pelbagai jenis). Ia kerana bahan-bahan antioksidan dari makanan tersebut membantu mengawal radikal bebas. Jadi, walau pun tubuh kita mengeluarkan bahan-bahan antioksidan, pengambil makanan yang mengandungi bahan antioksidan amat diperlukan tubuh.
     Pengambilan jus delima asli amat baik diamalkan kerana ia bersifat sebagai agen antipenuaan. Sebuah kajian seperti dilaporkan dalam jurnalClinical Nutrition (2004) mendapati pengambilan jus delima kurang dari seperempat cawan setiap hari mengurangkan plak berlemak dalam arteri jantung.
Kesihatan jantung
      Plak berkurangan tiga belas peratus selepas tiga bulan pengambilan dan dua puluh enam peratus selepas sembilan bulan. Selepas setahun plak berkurangan sebanyak tiga puluh lima peratus! Saintis yang menjalankan kajian berpendapat kesan positif tersebut berpunca dari tindakan beberapa jenis polifenol yang terdapat dalam buah delima.
     Kandungan polifenol dalam buah delima ialah antara 2,200 - 10,500 bahagian per sejuta. Untuk pengetahuan anda, bioflavonoids adalah sub-kelas kepada polifenol. Penghidap diabetes dikatakan mempunyai paras radkal yang tinggi dalan tubuh mereka. Begitu juga mereka yang mengalami stres berpanjangan, terlantar sakit, kanser dan bergantung kepada ubat-ubatan moden sepanjang hayat.
  Pengambilan ubat-ubatan kemoterapi (termasuk ubat-ubatan antivirus), radioterapi dikatakan menyebabkan tubuh bertoksin dan tinggi dengan radikal bebas. Pengambilan jus delima dipercayai dapat mengawal paras radikal bebas yang tinggi berpunca dari semua keadaan tersebut. 

     Sila baca artikel berjudul Kesihatan Jantung: Delima atau Statin

Hakcipta Terpelihara
Dr. Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Apricot Seed Story




RM 28 / 300gm
  Whatapps / Tel: 6018-3690782 (WakSab)
  

For the prevention of cancer, that is for those that currently have cancer or for those that would like to prevent cancer, this information is for you.


Vitamin B-17 is found in most fruit seeds. Its components make it vital for our survival without cancer. Seeds are for everyone to eat. Don't wait and see if you develop cancer to start eating the seeds. Vitamin B17 is found in seeds such as:
Apricot
Apple
Peach
Cherry
Grapes

We don't need to make the seed a main course in our diets, but we do need the equivalent of about seven apricots seeds per day.This will nearly guarantee a cancer free life. Apricot seeds have the highest content of B-17 on earth. They are chewable and bitter and a necessity in our diet. Although apricot seeds are bitter, they must be integrated into our diets.

Kajian Pakar Kanser tentang Vitamin B17



 Dr John Morrone 

Pada tahun 1962, Dr John Morrone melaporkan hasil dari rawatan yang beliau gunakan laetrile (B17 Injection). Kajian yang beliau lakukan terhadap  pesakit kanser  yang berada tahap "inoperable cancer." Rawatan di lakukan selama  4 hingga  43 minggu. 3-9 gm Laetrile ( B17 Iv )  telah diberikan melalui suntikan intravena.  Morrone telah membuat sebuah kesimpulan hasil rawatan kanser yang menggunakan B17 injection.

Laporan beliau: "penggunaan laetrile ... dalam  kes kanser metastasis, memberikan kelegaan dari kesakitan yang dramatik, menghentikan pengambilan  narkotik secara berterusan, kawalan bau busuk  dari  tumor, menambahkan selera dengan lebih baik, dan pengurangan adenopathy [bengkak nodus limfa]. Hasil dari keputusan rawatan yang di beri ini, beliau mencadangkan, penggunaan Vitamin B17 injection di berikan kepada pesakit kanser regresi lesi malignan .... Tiada kesan sampingan yang lain [selain daripada tekanan rendah rendah, sedikit gatal-gatal dan sensasi haba di kawasan-kawasan yang terjejas ] "





Dr Manuel Navarro

Manuel Navarro, MD, bekas profesor perubatan dan pembedahan di yang Univ. Santo Tomas di Manilla menulis pada tahun 1971: 

Melakukan kajian dalam bidang Onkologi [kajian tumor] melebihi  18. Pada masa yang sama juga beliau telah menggunakan Laetrile amygdalin dalam rawatan pesakit kansernya. Selama 18 tahun juga beliau telah merawat  sebanyak lebih lima ratus pesakit dengan laetrile amygdalin melalui berbagai cara termasuk melalui makan ( oral ) dan Iv  ( iIntravenous ). 
Hampir  kebanyakan pesakit beliau rawatan  Laetrile-amygdalin telah berada pada tahap  4. Perkembangan  mereka di teliti dengan cara klinikal. sebagai seorang pakar onkologi , pengamal  dan penyelidik dalam bidang kanser , beliau mempunyai  kelayakan untuk  membuat keputusan  dan menggalakkan dengan penggunaan Laetrile amygdalin dalam rawatan pesakit kanser  tahap terminal.



Burton Goldberg

Kebanyakan  doktor  seramai  1116 orang  yang mengikuti  program anti-kanser  di Perubatan Alternatif Burton Goldberg  melaporkan keputusan positif  apabila mengambil laetrile sebagai sebahagian daripada program rawatan kanser mereka. 
Robert Atkins, MD, menyatakan bahawa "amygdalin muncul untuk meneutralkan mempromosikan kanser oksidatif sebatian seperti radikal bebas .... Ia hanya satu lagi komponen penting untuk menjaga kanser daripada tumbuh atau merebak. Bertentangan dengan apa yang orang telah berkata tentang laetrile ... ia perlu dianggap berkesan untuk rawatan sepenuhnya  dan 'selamat untuk semua jenis kanser. "


Dr Emesto Contreras

Dr Emesto Contreras telah digunakan laetrile sebagai asas dalam merawat  kanser. Amalan ini di lakukan  sejak tahun 1963.  Beliau mendapati bahawa "Untuk pencegahan kanser dan penyelenggaraan remitan,  tidak ada  yang lebih  berkesan selain  laetrile .... 

Nontoxicity membenarkan penggunaannya selama-lamanya manakala pembedahan, radiasi dan kemoterapi hanya boleh ditadbir untuk masa yang terhad .... yang majoriti kanser yang berlaku lebih kerap, seperti kanser paru-paru, payudara, kolon, ovari, perut, esofagus, prostat, dan limfoma, banyak dibantu oleh laetrile. "


Wednesday, March 20, 2013

Cara Apricot Seed Membunuh Kanser


Cara Apricot Seed Membunuh Kanser

Kernels aprikot merupakan kumpulan Nut dan seed (kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain.Apa yang membezakannya adalah kandungan khasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Bitter Apricot. Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantumembunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser) yang merupakan pembunuh senyap.
Allah telah menurunkan penyakit dan Allah juga menurunkan penawarnya. Dengan menggunakan logikal akal anda akan memahami bagaimana Vitamin B17 dari Apricot seed membunuh sel Kanser. Tubuh badan kita telah di ciptakan Allah dengan sebuah sistem pertahanan untuk menentang sel kanser, tetapi ianya bergantung dari diet dan pemakanan yang anda makan. Keseimbangan mineral dan Vitamin yang anda amalkan akan membantu membentuk keseimbangan tahap kesihatan yang anda miliki. Biji apricot merupakan salah satu makanan yang dapat membentuk keseimbangan yang telah saya terangkan diatas.
Fakta logik dan sains menunjukkan bukti bahawa kehadiran enzim-enzim danscientific chemistry dalam badan manusia adalah benar-benar berlaku. Mana-mana ahli biokimia atau ahli toksikologi di seluruh dunia telah mengesahkan berlakunya proses ini. FDA ( merupakan badan yang mengawal ubat-ubatan dunia ) telah mencabar pakar-pakar penyakit kanser dan ahli biokimia untuk menunjukkan bukti penemuan bahawa enzim laetrile dari biji Apricot dapat membunuh sel kanser. FDA mendapati terdapat bukti kukuh bahawa laetrile atau Vitamin B17 benar-benar dapat membunuh sel kanser. Atas kepentingan kewangan dan politik, mereka telah merahsiakan penemuan ahli biokimia tersebut. Perkara ini juga terjadi pada penemuan penawar HIV yang telah di rahsiakan. Bagaimanapun rahsia ini telah kami dedahkan dalam bentuk Vcd dan anda boleh mendapatkannya dengan percuma dari kami. Mudah mudahan segala maklumat yang anda perolehi dapat menyelamatkan orang-orang yang anda cintai.

Apabila B17 bertemu dengan sel-sel kanser, ia tidak dapat di pecahkan sebab tidak terdapat enzim Rhodanese untuk memecahkannya kerana enzim Rhodanese tidak terdapat pada sel kanser. Pada sel kanser hanya terdapat enzim Beta-Glucosidase dengan banyaknya. Sebaliknya apabila B17 bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, satu tindak balas kimia akan berlaku disini yaitu Hidrogen Sianida bergabung dengan Benzaldehyde. Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser. Anda akan lihat sel-sel kanser yang mati berkecai keluar melalui air kencing. Proses ini biasanya mengambil masa dalam 2 minggu sahaja. Keseluruhan proses ini disebut sebagai “selective toxicity” atau ketoksikan selektif. Hanya sel-sel kanser sahaja di sasarkan untuk di musnahkan lihat gambar rajah di bawah.

Beginilah cara b17 dari biji apricot bekerja Ia telah terbukti dan berilustrasi untuk memusnah serta membunuh sel kanser dan menyuburkan sel yang sihat melalui B12. Jika anda melayari internet anda akan melihat fenomena ini digunakan Hospital Contreras di Mexico dan Harold Manner Hospital lebih 30 tahun yang lalu dan berjaya merawat 100,000 orang pesakit-pesakit kanser!.

Harapan kita untuk melihat budaya memakan biji apricot sebagai rawatan alternatif merawat pesakit kanser akan menjadi kenyataan apabila kesedaran ini menjadi satu budaya dalam kehidupan.

Thursday, January 17, 2013

Minda Sedar & Minda Bawah Sedar



Minda Sedar & Minda Bawah Sedar

sfo-brain-scan-final-2Anda memiliki dua minda iaitu minda sedar (otak belahan kiri) dan minda bawah sedar (otak belahan kanan). Minda sedar menggunakan logik untuk membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila anda berhadapan dengan berbagai pilihan atau masalah dalam kehidupan, maka minda sedar akan membuat keputusan untuk memilih atau menyelesaikan masalah tersebut, bukannya minda bawah sedar. Namun dengan latihan tertentu anda boleh mendapati bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh minda sedar boleh dipandu dan dipengaruhi oleh maklumat yang diperolehi dari minda bawah sedar.
Sekiranya anda tidak memberikan minda bawah sedar sebarang matlamat untuk dicapai atau masalah untuk diselesaikan, ia tidak akan berkerja untuk anda. Akan tetapi, sekiranya anda memberikan matlamat yang khusus atau objektif yang konkrit untuk dicapai maka ia akan berkeja bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya kepada anda.
Dalam masyarakat kita bentuk permohonan ataupun doa sudah menjdai perkara lazim dan berlaku secara automatik. Permohonan dan doa ini jarang kita cuba untuk meningkatkan efisiensi dan keberkesanannya. Kita cuma melakukan dengan cara kita sendiri dan bersifat naluriah.
subconscious2Tetapi bagi mereka yang kuat menjalankan ibadah mereka mencukupkan diri dengan doa di dalam sembahyangnya. Atau mereka menjalankan sembahyang hajat atau tahajjud dengan niat yang khusus untuk sesuatu hajat. Dengan pemusatan yang baik dan khusyuk, maka nilai getaran doa akan lebih tinggi dan nilai sembahyang pun akan meningkat disebabkan oleh pemusatan/khusyuk/konsentrasi itulah sebenarnya rahsia yang utama. Apalagi menghadapkan diri kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati, jiwa dan rasa kesungguhan, tentulah solat anda akan menjadi lebih tajam dan mantap.
Sepertimana bongkah ais yang kelihatan timbul gagah dipermukaan laut namun sedarkah anda dibawahnya  adalah lebih hebat dan besar lagi sehingga dapat menenggelamkan sebuah kapal persiaran terbesar yang dikatakan tercipta untuk tidak akan karam (unsinkable).  Begitulah diumpamakan minda bawah sedar anda, malah ciptaan Allah S.W.T ini lebih hebat lagi..Subhanallah.
Petikan Oleh Ustaz Mohd Arief – Rahsia Kejayaan
Sumber#



Ayat-ayat Syifa Penyembuh dan penawar penyakit.




Ayat-ayat Syifa ini amat bertepatan dijadikan amalan sebagai ikhtiar penyembuh penyakit.
Enam ayat Al-Qur’an ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit.
Rahsia ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW. Ayat-ayatnya ialah : (Sila rujuk Al-Qur’an untuk ayatnya)
Surah Yunus : 57 ” Dan penyembuh (penawar) bagi penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada.”
Surah al-Nahl : 69 “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.”
Surah al-Isra’ : “Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.”
Surah al-Syu’ara : 80 “Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku.”
Surah al-Fussilat : 44 “Katakanlah : Al-Qur’an itu ialah petunjuk dan penawar.”
Selawat Syifa : Maksudnya ” Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.”

Dipetik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato’ Ismail Kamus.