Sunday, June 16, 2013

SURAH-SURAH YANG DIAMALKAN UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL BARAH PAYUDARA. (BHG 1)

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan: 

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. SURAH AL-MAIDAH (AYAT 82 -91)


TERJEMAHAN SURAH AL-MAIDAH : AYAT 82 - 91

82. Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani". Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

83. Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

84. Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh.

85. Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.

86. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli Neraka.

87. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

88. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

89. Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.

90. Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

91. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

2. SURAH AL-ARAF (AYAT: 70 -81)


TERJEMAHAN SURAH AL-RAF (AYAT 70 - 81)

70. Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

71. Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakanya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu".

72. Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersertanya, dengan rahmat dari Kami, dan kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.

73. Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Saalib. Ia berkata: "Wahai kaumKu! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

74. "Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum 'Aad, dan ditempatkan kamu di bumi, (dengan diberikan kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganang untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi ini".

75. Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman kepada mereka: "Tahukah kamu bahawa Saalih itu diutus dari tuhannya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia diutuskan untuk menyampaikannya".

76. Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya".

77. Maka meraka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai Saalih! Datangkanlah azab yang telah engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)".

78. Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.

79. Maka Nabi Saalih pun meninggalkan mereka sambil berkata: " Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat".

80. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

81. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". 

3. SURAH AL-ARAD (AYAT: 16 -28)


TERJEMAHAN SURAH AL-RAD (AYAT 16 - 28)


16. Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.

17. Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

18. Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. Mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah Neraka Jahanam dan amatlah buruknya tempat tinggal itu

19. Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

20. Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu;

21. Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soal jawab dan hitungan amal (pada hari kiamat);

22. Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat

23. Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;

24. (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

25. Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, mereka itu beroleh laknat dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.

26. Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

27. Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya.

28. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

4. SURAH AL-ANBIA (AYAT: 38 -50)


TERJEMAHAN SURAH AL-ANBIA (AYAT 38 - 50)

38. Dan (kerana tabiat terburu-burunya) mereka berkata: Bilakah berlakunya janji azab itu, jika betul kamu orang-orang yang berkata benar?.

39. Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api Neraka dari muka dan belakang mereka dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata demikian).

40. (Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka secara mengejut, serta terus membingungkan mereka; maka mereka tidak akan terdaya menolaknya dan tidak akan diberi tempoh bertaubat.

41. Dan demi sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.

42. Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah? (Mereka tidak memikirkan yang demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka.

43. Tidak ada bagi mereka tuhan-tuhan yang dapat melindungi mereka dari azab Kami. Mereka yang dipertuhankan itu tidak dapat menolong dirinya sendiri dan tidak pula mereka dibantu dengan pertolongan dari pihak Kami.

44. (Bukan benda-benda yang dipertuhankan itu yang memberi kesenangan kepada mereka) bahkan Kami biarkan mereka dan datuk-nenek mereka menikmati (kesenangan hidup) hingga berlanjutanlah umur mereka (dalam keadaan yang menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini mereka). Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami datangi daerah bumi yang mereka kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya? Jika demikian halnya, maka adakah mereka yang akan menang?

45. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku) dan sudah tentu orang-orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran, (maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat).

46. Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)!

47. Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.

48. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang mahu bertakwa.

49. Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat.

50. Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?

Bersambung ke bhg 2

Friday, May 17, 2013

Khasiat biji Aprikot untuk lain lain penyakit



Khasiat Biji Aprikot Vitamin B17 terhadap Tekanan Darah tinggi, Kolesterol Tinggi 


Terlalu banyak khasiat biji aprikot ini untuk kesihatan badan. Selain KANSER, khasiat biji ini juga untuk pesakit yang mengidap tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan atherosclerosis (punca kepada sakit jantung & strok!).

Selain mampu menurunkan tekanan darah tinggi (Dr. M. Haas, 2008), zat-zat yang terkandung di dalam biji aprikot terbukti berkesan menurunkan paras kolesterol di dalam badan manusia. Kenyataan ini telah dibuktikan oleh kajian klinikal yang dilakukan Prof Hanna Salman (melalui kajian klinikal & saintifik, 2012). Sebelum itu, hujah ini juga telah dibuktikan oleh kajian Diskerson & Gibson (2008). Dua kajian yang berasingan ini telah mengkaji bahawa amalan memakan biji aprikot (untuk dos yang telah ditetapkan) mampu menurunkan tekanan darah tingi dan menurunkan paras kolesterol di dalam badan manusia.

Tahukah kita bahawa tekanan darah tinggi dikenali sebagai silent killer! Kerana ia boleh meragut nyawa seandainya bacaan paras tekanan darah terlalu tinggi tidak dicegah/dirawat.




Kelebihan  Biji Aprikot Vitamin B17 untuk Kesihatan Mata

 Kajian yang dilakukan baru-baru ini mengatakan bahawa kandungan dalam aprikot boleh membantu dalam melindungi organ mata, seperti dipetik dalam Times of India.

Limpahan kandungan seperti vitamin A dan antioksidan, dapat menanggalkan radikal bebas yang merosakkan sel dan jaringan yang boleh mencederakan mata. Hal lain dari khasiat buah aprikot ini iaitu, boleh mencegah katarak yang disebabkan oleh kesan degeneratif radikal bebas, atau stres oksidatif.

Kandungan lain yang terdapat dalam aprikot juga berupa potassium, magnesium, zat besi, dan sebagai sumber serat.

Buah dengan nama latin Plum Armenia ini memang mempunyai kandungan yang dahsyat bagi kesihatan, selain kanser dan untuk organ mata, dengan mengambilnya sebagai makanan harian ianya juga dapat membantu mencegah serangan jantung kerana kandungan karotenoid. Selain itu juga berperanan dalam menurunkan kadar kolesterol, membantu mengawal tekanan darah, dan juga mengekalkan kestabilan kadar gula darah tetap normal.




 Vitamin B17 Biji  aprikot bantu terapi kanser

Jika disebut mengenai penyakit kanser, ia boleh dihidap oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan status.

Merujuk kepada data, kanser merupakan antara penyebab utama kematian di seluruh dunia dimana 40,000 kes kanser dikesan setiap tahun di Malaysia dengan 1 daripada 4 rakyat menghadapinya.

Pakar pemakanan dan perubatan dari seluruh dunia mengakui, faktor pemakanan merupakan antara penyumbang utama kepada kanser.

Ini kerana di zaman yang serba moden dan canggih ini, setiap hari kita tidak terlepas dari pengambilan makanan yang merupakan agen kepada kanser.

Menurut mereka, hampir 90 peratus makanan yang diambil bersifat asid dan mengandungi kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kanser.

Akibatnya kita terdedah kepada keadaan tubuh berasid seterusnya system antibodi dan imunisasi badan menjadi lemah dimana keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetis dan lain-lain yang boleh membawa maut dan membunuh manusia secara perlahan.

Pada 1952, Dr Ernes T Krebs, seorang Bio Kimia dan beberapa saintis perubatan mendakwa, penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan.

Kajian terhadap haiwan liar yang hidup di hutan dikelilingi oleh persekitaran tumbuh-tumbuhan kaya dengan kompaun vitamin B17, tidak akan dijumpai mati akibat kanser. Sebaliknya haiwan yang dipelihara dalam zoo berkemungkinan besar mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrien namun tidak mengandungi B17.

Puak Hunza di pergunungan Pakistan didapati hidup sehingga usia 120 tahun. Makanan utama mereka adalah biji-bijian aprikot yang kaya dengan vitamin B17. Pihak saintis perubatan turut kagum apabila mereka memiliki kesihatan yang tinggi dan tidak pernah dengar mengenai penyakit kanser.

Vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan untuk kesihatan sel-sel dan membantu mengurangkan keasidan serta toksin dalam darah seterusnya membantu meningkatkan keseimbangan PH dalam tubuh serta memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung dan diabetis.




Aprikot, Almond dan Kacang Tanah Kurangi Risiko Kanser Hati

Mengambil makanan kaya vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser hati. Demikian hasil kajian terbaru yang dilakukan oleh para penyelidik dari China.

Mereka menemukan, bahawa mengambil suplemen vitamin E atau snek makanan seperti almond, kacang tanah, kacang pinus dan aprikot kering dapat menurunkan risiko kanser hati pada orang separuh umur atau lebih tua.



Tidak hanya itu, kacang-kacang tersebut juga dikenali dapat membantu melindungi anda daripada penyakit jantung dan kerosakan mata di usia tua.

Dr Wei Zhang, dari Shanghai Cancer Institute, menganalisis data dari 132.837 orang – termasuk 267 pesakit kanser hati – di China di mana 54 peratus daripada semua kanser hati di dunia terjadi.

Setelah mengumpul maklumat tentang tabiat makan peserta berbanding mereka yang berisiko kanser hati antara peserta yang mempunyai pengambilan vitamin E tinggi dengan yang rendah.

Hasil kajian menunjukkan, bahawa terdapat hubungan dosis-respons terbalik antara pengambilan vitamin E dan risiko kanser hati.

“Pengambilan tinggi vitamin E – baik dari makanan atau suplemen – berkaitan dengan rendahnya risiko kanser hati pada orang separuh umur atau lebih tua.”

Perlu diketahui, kanser hati adalah penyebab paling umum ketiga kematian akibat kanser di dunia, dan kanser paling umum kelima ditemui pada lelaki, serta paling umum ketujuh pada perempuan. Sekitar 85 peratus daripada kanser hati berlaku di negara-negara membangun.

Kajian ini diterbitkan dalam Journal of National Cancer Institute.

Thursday, May 16, 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!



Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

b) Bersin

i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

Samb:

Tanda-tanda-sakit-di-badan.