Saturday, November 2, 2013

Petua orang-orang tua



Buang sampah dimata
Pernahkah mata anda dimasuki sampah atau habuk. Jika ini terjadi tentunya mata anda terasa pedih atau kesat sehingga menganggu penglihatan anda. Kadang kadang jika ini terlalu serius, mata anda akan menjadi merah dan bengkak-bengkak. Bila berkeadaan begini apakah tindakan anda?. Mengikut petua, anda disyorkan mencampurkan beberapa butir garam kedalam air suam-suam panas. Seelok-eloknya isikan air kedalam besen. Cecahkan muka anda kedalam air dan kenyit berulang-ulang sehingga mata anda terasa ringan. InsyaAllah sampah atau habuk yang terlekat pada mata anda akan hilang kedalam air.

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut .
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut .

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Mengempiskan Perut
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam – 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Mengurangkan penyakit kencing manis
Selain dari menerima rawatan doktor bagi merawat penyakit kencing manis anda juga bolehlah menggunakan lobak putih yang telah diparut halus. Kemudian embunkan semalaman atau disimpan didalam peti sejuk. Minumlah parutan lobak yang dicampurkan dengan air gula batu bersama-sama ampasnya. Amalkan cara ini selalu, insyaAllah penyakit anda akan sembuh. Petua ini juga elok diamalkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memperbanyakkan air susu.

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Bagi ibu yang mengandung
Bagi wanita yang hamil selalunya akan mengalami mabuk, dan muntah-muntah. Untuk mengatasi masalah ini, ambillah tujuh tangkai pucuk kecil jambu batu (jambu biawas) dan tumbuk dengan sedikit garam. Bila sudah lumat, campurkan dengan segelas air suam dan biarkan ia hening. Bila sudah hening bolehlah diminum. Ini perlu diamalkan selama tiga (3) hari berturut-turut, iaitu pada tiap-tiap pagi.

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Melangsingkan badan
Tumbuk 5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat. Campurkan bahan itu dengan air suam-suam kuku dan sedikit garam. Kemudian tapis bancuhan itu hingga mendapat kira-kira 1 gelas. Minumlah campuran ini sekali sehari pada waktu pagi. Lakukan setiap pagi sehingga seminggu. Selang beberapa lama, berat badan anda pasti turun dengan sendirinya. Tubuh anda akan menjadi langsing. Satu peringatan, jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi kurus kering nanti.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam.

Merawat penyakit buasir.
Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

Daun sirih untuk wajah berminyak
ANDA sering mengalami masalah kulit wajah yang berminyak. Untuk mengurangkan masalah itu 1 ambil beberapa helai daun sirih lalu diramas ke dalam air. Setelah itu sapukan pada wajah. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Buat selama 3 minggu berturut-turut. Anda akan perolehi hasilnya.

No comments: