Sunday, March 29, 2015

Habbatus-Sauda, Asid Urik & Gout

Habbatus-Sauda, Asid Urik & Gout





Gout :
Gout adalah satu jenis penyakit yang dialami oleh sendi-sendi, khususnya sendi yang terdapat pada ibu jari kaki yang menyebabkan rasa sakit yang serius kepada si penderita penyakit ini. Gout juga boleh mengakibatkan gangguan & kacau bilau ke atas fungsi kedua-dua buah pinggang & boleh juga menyebabkan batu karang di dalam buah pinggang (ginjal).

Gout terhasil akibat kenaikan kadar asid urik di dalam darah. Kebiasaannya, tahap semulajadi asid urik di dalam darah tidak melebihi dari 7mg/100ml (7mg asid urik pada setiap bahagian 100ml darah) seorang yang normal. Tahap asid urik ini berbeza mengikut umur & jantina. Pada kanak-kanak lelaki & perempuan yang belum mencapai umur sekitar 6 tahun, tahap asid urik ini ialah 3mg/100ml. Manakala selepas kadar baligh pula tahap ini bertambah pada kaum lelaki dengan kadar yang lebih tinggi dari kaum wanita.

Beberapa faktor fizikal memainkan peranan & memberi kesan dalam menentukan tahap asid urik. Ketinggian seseorang & berat badannya serta tanggungjawab seseorang & tahap tekanan darah berkemungkinan berkadar songsang dengan tahap kandungan urik asid. Dalam ertikata lain, lebih tinggi & lebih berat seseorang itu maka lebih tinggi tahap urik asid di dalam darahnya. Maka tidak hairanlah, tahap asid urik ini meningkat di kalangan orang-orang kaya & cerdik pandai.

Para pengkaji telah menganggarkan bahawa 2-17% dari kalangan orang ramai mengalami serangan kenaikan tahap asid urik. Kenaikan tahap asid urik tidak seiring dengan apa sahaja serangan yang biasa di mana hanya 5% dari mereka itu yang mengalami gout. Dianggarkan nisbah kejadian gout di barat pada 13-37% dari bilangan penduduk. Pada asasnya, gout ini terjadi  di kalangan kaum lelaki. Nisbah kaum wanita yang menderita gout tidak melebihi dari 5% dari semua kes. Terdapat 6-18% kes gout di kalangan kaum wanita di dalam sesuatu keluarga.

Dinukilkan di dalam buku "Clinical Medicine" cetakan tahun 1990 bahawa gout terjadi dengan meluas di kalangan golongan elit (kelas tinggi & pertengahan) di dalam sesuatu masyarakat. Manakala 50% dari penderita penyakit ini adalah dari kalangan mereka yang ketagih alkohol. Serangan gout yang serius terjadi kebiasaannya pada jam pertama di waktu pagi di mana si penderita akan mengalami rasa sakit yang amat sangat & mencucuk-cucuk di bahagian sendi ibu jari kakinya.

Rawatan Gout :
Rasa sakit gout yang serius ini boleh dirawati dengan "Indomethacin". Adapun sebagai langkah-langkah berjaga-jaga dari ditimpa gout maka hendaklah digunakan :
1. Ubat yang mengurangkan pembentukan asid urik, seperti "Zyluric" & "Allopurinol".
2. Ubat yang menambah kadar pembuangan asid urik melalui air kencing, seperti "Probenecid" atau "Sulfinpyrazone".

Soalan :
Oleh yang demikian, adakah Habbatus-Sauda boleh meningkatkan kadar pembuangan asid urik di dalam air kencing?

Habbatus-Sauda & Asid Urik :
Di dalam tahun 1982, Doktor Muhammad Ad-Dukhooknoni telah menyiarkan hasil satu kajian di dalam jilid ke 2 "Perubatan Islam" di mana kajian ini merangkumi ujikaji yang dijalankan ke atas ciri-ciri perubatan yang dimiliki oleh beberapa campuran Habbatus-Sauda. Ujikaji ini telah dijalankan ke atas tikus-tikus.

Di dalam ujikaji ini telah digunakan sekumpulan tikus yang mempunyai berat yang berbeza-beza antara 250-300gm. Tikus-tikus ini telah diberikan makanan yang terdiri dari roti & susu masam. Air kencing setiap 2 ekor tikus ini telah dikumpulkan pada setiap 24 jam & anggaran kadar asid urik disempurnakan di sepanjang tempoh itu. Kemudian, sekumpulan tikus ini telah disuntik dengan suntikan 4gm/kg dari juzuk karbonil & Thymouquinone (bahan yang terdapat di dalam Habbatus-Sauda) setiap hari selama 5 hari. Hasilnya jelas sekali bahawa pati Habbatus-Sauda mempunyai kesan yang aktif dalam menambahkan pengeluaran asid urik di dalam air kencing. Sesungguhnya, kadar pengeluaran asid urik di dalam air kencing yang dilakukan oleh tikus-tikus itu bertambah berkali ganda pada hari-hari permulaan ujikaji tersebut.

Ini adalah kajian permulaan, maka tidak dapat tidak kajian-kajian lain hendaklah dijalankan ke atas haiwan-haiwan & manusia sebelum kesimpulan terakhir diberikan mengenai kesan Habbatus-Sauda ke atas asid urik.

Credit to : Rahsia Perubatan Habbatus-Sauda. Oleh : Doktor Hassan Syamsi Baasya

Thursday, May 8, 2014

Air Minuman GAU


Air adalah kurniaan Tuhan. Kita memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 60-70% air. Ia memainkan peranan penting dalam fungsi-fungsi organ seperti membantu mengangkut nutrien, mengawal suhu badan, membantu proses pencernaan, membawa zat-zat makanan dan lain-lain lagi. Hanya dengan meminum air yang berkualiti, barulah kita akan dapat memiliki tubuh badan yang kuat dan sihat. Air yang berkualiti mengandungi zat-zat galian yang diperlukan oleh badan, beralkali (pH 7.0-8.5), bebas daripada kuman, bahan kimia atau logam berat yang merbahaya.
Air Minuman GAU telah dikategorikan sebagai air berkualiti kerana ia mengandungi kadar garam galian yang tinggi (TDS 294 mg/I) dan beralkali (pH 7.9). Nilai kealkaliannya adalah lebih daripada nilai pH darah kita iaitu pH 7.4.
Air Minuman GAU dapat meneutralkan dan menyingkirkan sisa-sisa berasid yang terkumpul dalam badan kita. Ia juga berupaya mengimbangkan paras pH tubuh kita untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit, terutama penyakit kronik. Lebih-lebih lagi, Air Minuman Gau berupaya membekalkan zat-zat galian yang diperlukan oleh tubuh untuk menjaga kesihatan dan kecergasan badan.    
“KANDUNGAN MINERALNYA ANTARA YANG TERBAIK SELEPAS AIR ZAM-ZAM”

KENAPA ANDA PERLU MINUM AIR?                                                                    
Kita  memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 60-70% tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup sehingga 70 hari tanpa makan tetapi hanya bertahan sehingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kesihatan. Air juga penting sebagai ajen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh serta membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan dalam keadaan stabil. Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum 8 gelas air dalam sehari. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah 2 gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, 2 gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, 2 gelas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan 2 gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian.
BERAPA BANYAK AIR YANG SEHARUSNYA KITA MINUM?
2 liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan 8 gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi(panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih daripada 8 gelas air sehari.
AIR ADALAH KEPERLUAN KEDUA SETELAH UDARA BAGI TUBUH ANDA
Tubuh kita terdiri daripada 70% air dan 30% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air digunakan sehari. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.
MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Malah air memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan.

Tuesday, April 29, 2014

PENAWAR AL-IBRIZ UNTUK DIABETES

PENAWAR AL-IBRIZ


PENGENALAN PRODUK:
Penawar Al-Ibriz merupakan produk kesihatan yang tergolong dalam kumpulan Vitamin dan makanan
tambahan (Supplement).
Penawar Al-Ibriz merupakan produk kesihatan berasaskan 100% mineral semula jadi.
Menurut kajian , tubuh kita sebenarnya memerlukan mineral-mineral yang secukupnya untuk sel-sel
tubuh berfungsi dengan sebaiknya.

Tubuh badan kita terdiri lebih daripada 61 jenis mineral yang memiliki pelbagai fungsi yang tersendiri.
Setiap daripada mineral-mineral tersebut membantu melancarkan fungsi sel-sel dalam tubuh manusia,
sekaligus membolehkan organ-organ dalaman tubuh berfungsi secara normal.



Sila hubungi saya untuk pembelian secara online RM30/pack..call/sms/whtaps 018-369 0782...
Insyaa Allah kita berdoa ,berusaha dan bertawakal...kesembuhan milik Allah..
Hanya Allah Maha Penyembuh...

Tanda-tanda atau simptom kencing manis

tanda kencing manis
Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis.
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda megenalpasti tanda-tanda tersebut untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa kencing manis.


Jenis kencing manis

Terdapat dua jenis diabetes - Jenis 1 (Type 1) dan Jenis 2 (Type 2). Kira-kira 90 peratus daripada pesakit kencing manis adalah dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin.
Perbezaan kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah bagi Jenis 1 badan tidak menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan / atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi. Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.


Simptom kencing manis

Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai orang yang menghidapi Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.
Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.

10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis
  1. Paras gula darah tinggi
    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
  2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
    Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
    Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
    Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
  3. Hilang berat badan secara tiba-tiba
    Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
  4. Sentiasa rasa lapar
    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.
    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
  5. Luka lambat sembuh
    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.
  6. Keletihan dan cepat marah
    Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
  7. Terdedah kepada jangkitan kulat
    Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
  8. Penglihatan kabur
    Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.
    Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
  9. Sensasi pada tangan dan kaki
    Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
  10. Kulit merengsa
    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Sunday, January 5, 2014

7 kebaikan minum kopi


Kita selalu dimomokkan dengan cerita minum kopi tak bagus. Betul tak? Tapi di sini saya nak kongsikan dengan pembaca, 7 kebaikan minum kopi yang tak pernah diceritakan.

1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam

Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik

Meminum kopi
pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke

Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7. Mencegah Penyakit Gout
The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!

Sunday, December 29, 2013

Tangan sakit dan kebas


KESAKITAN pada tangan dan rasa kebas pada jari sehingga menyebabkan cawan yang dipegang ketika minum terlepas jatuh, membaca akhbar tidak lagi menyeronokkan kerana sukar untuk memegangnya, memandu kereta tidak lagi mengujakan kerana kesukaran mengawal stereng dan tidur malam tidak lagi lena kerana terjaga disebabkan sakit pada tangan. Ini semua antara aduan biasa pesakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) kepada doktor ketika mendapatkan rawatan.
CTS bermaksud gejala sakit dan kebas pada tangan serta jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah disebabkan urat saraf median yang melalui terowong dalam pergelangan tangan terhimpit dan tidak berfungsi dengan baik. Apa saja keadaan yang menyebabkan pembengkakan tisu atau perubahan pada kedudukan tisu dalam terowong pergelangan tangan akan menyebabkan saraf median terhimpit dan mengganggu fungsinya.

Dalam kebanyakan kes, penyebab CTS tidak diketahui tetapi keadaan yang biasa dikaitkan dengan CTS ialah obesiti, mengandung, hypothyroidism (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal), artritis, kencing manis dan trauma.
Radang pada urat tendon berikutan kerja berulang seperti menaip juga boleh menyebabkan terjadinya CTS.

Penyakit yang jarang berlaku seperti amilodosis (penyusupan hepar), sarkoidosis (gangguan tidak diketahui sebabnya menyebabkan nodus limfa pada kebanyakan bahagian tubuh membesar), multiple myeloma (penyakit malignan pada sum-sum tulang) dan leukemia juga boleh menyebabkan CTS.

Selalunya, pesakit CTS peringkat awal akan berasa kebas dan semut–semut pada sebahagian tapak tangan serta ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Gejala ini akan lebih teruk pada waktu malam sehingga boleh membangunkan pesakit daripada tidur. Ini kerana keadaan pergelangan tangan yang membengkok ketika tidur atau disebabkan pembengkakan tisu oleh pengumpulan cecair pada pergelangan tangan ketika berbaring.

CTS boleh jadi bersifat sementara dan boleh sembuh sepenuhnya atau boleh menjadi lebih teruk dan kekal. Apabila penyakit itu menjadi lebih teruk, pesakit boleh mendapat gejala seperti rasa terbakar, kekejangan dan tangan lemah disebabkan oleh otot tangan mengecut. Kehilangan kekuatan tangan untuk memegang dan rasa sakit yang mencucuk dalam lengan menyukarkan seseorang yang mendapat CTS untuk bekerja dan melakukan kerja rumah.
Diagnosis CTS boleh dilakukan berdasarkan taburan kawasan gejala sakit dan kebas pada tapak tangan dan jari yang terbabit. Doktor akan memeriksa pergelangan tangan yang terbabit untuk melihat tanda bengkak, kehangatan, radang, cacat dan perubahan warna kulit. Pemeriksaan leher, bahu dan lengan yang terbabit penting untuk memastikan tidak ada masalah lain yang mungkin menjadi penyebab kepada gejala yang sama.

Doktor akan melakukan ujian Tinel’s iaitu dengan mengetuk dengan jari pada pergelangan tangan untuk menghasilkan rasa sesemut pada tapak tangan dan ujian Phalen’s dengan membengkokkan pergelangan tangan seketika untuk menghasilkan semula gejala sakit dan kebas pada tangan. Diagnosis adalah sangat mungkin apabila ujian kelajuan konduksi saraf yang dilakukan ke atas pesakit tidak normal. Ujian ini membabitkan pengukuran tahap kelajuan impuls elektrik apabila mereka bergerak di sepanjang saraf.

Dalam carpal tunnel syndrome, impuls menjadi lambat ketika mereka melalui terowong pergelangan tangan terbabit. Pemeriksaan otot elektromiogram ekstremitas (EMG) kadangkala dilakukan untuk mengecualikan atau mengesan keadaan yang lain yang mungkin menyerupai carpal tunnel syndrome. X-ray pergelangan tangan dilakukan untuk mengenal pasti kelainan pada tulang dan sendi.

Pemilihan jenis rawatan untuk CTS bergantung kepada tahap gejala dan kewujudan penyakit dasar yang menyebabkan terjadinya CTS. Rawatan awal selalunya dengan merehatkan tangan terbabit, pemakaian sokongan pada pergelangan tangan dan tuam ais.

Individu yang mempunyai pekerjaan yang membuatkan gejala CTS bertambah teruk perlu melakukan perubahan kepada cara kerja mereka, contohnya papan kekunci komputer dan ketinggian kerusi perlu diselaraskan untuk keselesaan optimum.

Masalah atau penyakit dasar perlu dirawat secara individu. Obesiti perlu dirawat dengan pengurangan berat badan. Bengkak pergelangan tangan yang disebabkan oleh mengandung akan menghilang selepas bayi dilahirkan. Beberapa ubat biasa diguna bagi merawat CTS iaitu Vitamin B6 (pyridoxine) dilaporkan mampu melegakan gejala CTS. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) turut mengurangkan radang dan sakit. Kesan sampingan NSAIDs termasuk gangguan pada sistem usus dan perut. Ubat ini perlu diambil bersama makanan. Corticosteroids boleh diberi melalui oral atau secara suntikan ke dalam bahagian yang terbabit. Kebanyakan pesakit CTS merasa lega atau gembira selepas rawatan secara konservatif dan ubat-ubatan. Dalam kes tertentu tekanan yang kronik terhadap saraf median boleh menyebabkan kebas dan tangan lemah yang berkekalan. Untuk mengelak kesan yang serius daripada urat saraf dan otot terbabit, rawatan secara pembedahan mesti dipilih.
sumber # Artikel ini disiarkan pada : 2011/06/25

Sunday, December 1, 2013

Kesan bacaan Al-Quran terhadap otak dan organ manusia

Kesan bacaan Al-Quran terhadap otak dan organ manusia

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. 

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu. 

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit. 

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya. 

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. 

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman. 

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. 

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan. 

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang. 

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204). 

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ). 

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

*Sumber dari khalifahalhidayah.blogspot.com

Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


KISAH HIJRAH


RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang bertapa di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba,
sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.



Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam. Justeru, marilah kita bersama menghayati hari bersejarah ini untuk memantapkan keimanan serta meneguhkan tauhid kepada Allah SWT. 

Saturday, November 2, 2013

Petua orang-orang tua



Buang sampah dimata
Pernahkah mata anda dimasuki sampah atau habuk. Jika ini terjadi tentunya mata anda terasa pedih atau kesat sehingga menganggu penglihatan anda. Kadang kadang jika ini terlalu serius, mata anda akan menjadi merah dan bengkak-bengkak. Bila berkeadaan begini apakah tindakan anda?. Mengikut petua, anda disyorkan mencampurkan beberapa butir garam kedalam air suam-suam panas. Seelok-eloknya isikan air kedalam besen. Cecahkan muka anda kedalam air dan kenyit berulang-ulang sehingga mata anda terasa ringan. InsyaAllah sampah atau habuk yang terlekat pada mata anda akan hilang kedalam air.

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut .
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut .

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Mengempiskan Perut
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam – 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Mengurangkan penyakit kencing manis
Selain dari menerima rawatan doktor bagi merawat penyakit kencing manis anda juga bolehlah menggunakan lobak putih yang telah diparut halus. Kemudian embunkan semalaman atau disimpan didalam peti sejuk. Minumlah parutan lobak yang dicampurkan dengan air gula batu bersama-sama ampasnya. Amalkan cara ini selalu, insyaAllah penyakit anda akan sembuh. Petua ini juga elok diamalkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memperbanyakkan air susu.

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Bagi ibu yang mengandung
Bagi wanita yang hamil selalunya akan mengalami mabuk, dan muntah-muntah. Untuk mengatasi masalah ini, ambillah tujuh tangkai pucuk kecil jambu batu (jambu biawas) dan tumbuk dengan sedikit garam. Bila sudah lumat, campurkan dengan segelas air suam dan biarkan ia hening. Bila sudah hening bolehlah diminum. Ini perlu diamalkan selama tiga (3) hari berturut-turut, iaitu pada tiap-tiap pagi.

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Melangsingkan badan
Tumbuk 5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat. Campurkan bahan itu dengan air suam-suam kuku dan sedikit garam. Kemudian tapis bancuhan itu hingga mendapat kira-kira 1 gelas. Minumlah campuran ini sekali sehari pada waktu pagi. Lakukan setiap pagi sehingga seminggu. Selang beberapa lama, berat badan anda pasti turun dengan sendirinya. Tubuh anda akan menjadi langsing. Satu peringatan, jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi kurus kering nanti.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam.

Merawat penyakit buasir.
Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

Daun sirih untuk wajah berminyak
ANDA sering mengalami masalah kulit wajah yang berminyak. Untuk mengurangkan masalah itu 1 ambil beberapa helai daun sirih lalu diramas ke dalam air. Setelah itu sapukan pada wajah. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Buat selama 3 minggu berturut-turut. Anda akan perolehi hasilnya.

Saturday, September 14, 2013

Petua Tradisional Awet Muda

BONGKAR!!! Petua Tradisional Awet Muda [MESTI BACA...] 



Seringkali kita terserempak dengan wanita atau lelaki yang kelihatan tua dari usia sebenar mereka. Kulit muka mereka kelihatan pucat dan tidak berseri. Cuba amalkan petua di bawah ini :

AIR DAUN PEGAGA.
Sediakan daun pegaga sebanyak 2 genggam. Bersih dan tumbukkannya sehingga lumat. Perahkan dengan menggunakan sedikit air dan minum perahan air ini 2 atau 4 kali seminggu. Insyaallah tidak akan dimakan usia.

KHASIAT AIR KELAPA TUA
Cuba amalkan membasuh muka menggunakan air kelapa tua ini dan biarkan kering sendiri selama 10 hingga 15 minit. basuh dengan air bersih. Disamping mengawet muda wajah anda ia juga bertindak sebagai moisterizer. Insyaallah...

RAHSIA LENDIR DAUN LIDAH BUAYA.
Ambil 1 atau 2 pelepah basuh sehingga bersih kikis lendirnya dan masukkan ke dalam bedak sejuk. Gaul sampai rata dan sapukan ke wajah anda dengan rapi. Ulangi memakainya 2 kali sehari. Insyaallah pasti ada perubahannya.

KOBIS, MADU LEBAH PELEMBAB MUKA.
Ambil beberapa daun kobis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kobis dan gaulkan dengan madu lebah tersebut. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu bersihkannya menggunakan kapas lembab dengan lembut. Insyaallah kulit muka anda akan sentiasa lembab dan tegang.

DAUN INAI PENAIK SERI.
Ambil segenggam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira 3 cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak 3 kali seminggu. Insyaallah wajah anda akan berseri.

KHASIAT KUNYIT MUDA.
Ambil kunyit muda yang segar, bersih dan potong nipis. Jadikannya ulam semasa anda makan nasi. Insyaallah wajah anda akan berseri dan menawan keluarga bahagia.

Sunday, August 25, 2013

Rahsia kerja jantung


Agama 

"Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?

Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya. "(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, "[QS. Al-An'am: 102]

Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 - 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.

Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.

Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20 liter / minit.
Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami kerosakan.

Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan.Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi jantung.
Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam Al-Qur'an tiga hal tersebut digabung jadi satu. "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya." [Qs. Al-Israa (17): 36]

Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.
Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.

Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.

Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan pam dengan bentuk yang paling sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di bahagian kiri dada kita, Subhanallah ...Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam sehari. Sumber islampos.com

http://detikislam.blogspot.com"

Sunday, August 18, 2013

PENIPUAN YAHUDI DALAM SUSU ANLENE (RENDAH LEMAK/HL)

PENIPUAN YAHUDI DALAM SUSU ANLENE (RENDAH LEMAK/HL)

Apabila kita membelikan makanan bagi keluarga kita, sejauh mana kita semua berfikir “adakah makanan ini selamat”. Kita semua perlu berfikir sedemikian kerana ada segolongan manusia yang memang inginkan kita semua tidak sihat. Apabila kita semua tidak sihat, mudahlah mereka mengawal Goyem (orang bukan Yahudi) dan mudahlah mereka mendapatkan keuntungan dengan menjualkan ubat mereka pula . Perlu diingat bahawa industri perubatan adalah sangat menguntungkan dan hampir kesemuanya dikuasai oleh puak Yahudi ini.

Nestle di Malaysia memasarkan pelbagai barangan termasuk Maggi mee, Nescafe dan Coffe-mate. Ketiga-tiga produk ini sangat merbahaya dan rakyat Malaysia terus menerus membelinya.

Kali ini saya ingin bercerita tentang penipuan segolongan manusia dengan tujuan untuk menjadikan umat manusia kurang sihat disamping mereka mendapat keuntungan kewangan yang lumayan. Penipuan ini dilakukan melalui penghasilan SUSU RENDAH LEMAK / LOW FAT MILK.

Susu seperti susu lembu adalah catu contoh terbaik berkenaan emulsi. Emulsi adalah proses di mana butir-butir lemak terampai di dalam air. Santan kelapa juga adalah satu contoh baik berkenaan emulsi. Lemak memang tidak boleh larut di dalam air dan lemak susu hanya terampai di dalam air.

Bagi sesiapa yang ingin membuat eksperimen mudah pembentukan emulsi, bolehlah mencuba eksperimen berikut. Ambil sedikit ethanol atau sebarang spirit. Masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya dan kacau sehingga larut. Seterusnya masukkan campuran ethanol dengan minyak ini ke dalam air dan akan terbentuklah emulsi minyak yang berwarna putih macam susu atau macam santan kelapa.

Susu memang mengandungi banyak lemak dan itulah sebabnya ia berwarna putih kerana kehadiran butir lemak yang halus di dalamnya, sama seperti santan kelapa. Apabila susu lembu segar yang baru diperah dibiarkan di dalam gelas yang lutsinar untuk beberapa jam, butiran lemak di dalam susu ini akan naik ke atas kerana ketumpatannya yang lebih rendah berbanding air. Ini menyebabkan bahagian atas susu ini semakin berminyak dan berwarna putih manakala bahagian bawah semakin kurang berwarna putih. Hasil yang sama seperti ini juga dapat diperhatikan apabila membiarkan santan kelapa di dalam gelas lutsinar.

Dengan mencedok bahagian atas susu yang berlemak dan berwarna putih ini keluar dari gelas tersebut, apa yang terhasil ialah susu rendah lemak atau susu tanpa lemak. Susu lembu atau susu ibu mengandungi kesempurnaan zat makanan. Seorang bayi yang semata-mata menghisap susu ibu selama 2 tahun tanpa sebarang makanan lain insya-Allah akan menjadi kanak-kanak sihat. Begitulah juga anak lembu akan terus membesar menjadi sihat hanya dengan minum susu lembu ibunya. Namun sekiranya anak lembu yang baru lahir diberikan hanya dengan susu rendah lemak, insya-Allah anak lembu ini akan mati menjelang usianya 1 bulan.

Susu adalah satu ciptaan Allah SWT yang sangat sempurna dan ajaib sungguh. Berbagai khasiat perubatan sebagaimana yang telah saya sebutkan seperti mengubati gastrik, ulcer, paru-paru dan pelbagai penyakit lainnya. Adakah dengan membuang komponen lemak yang terdapat di dalam susu lembu ini masih menjadikan susu lembu ini sempurna dan ajaib???

Terdapat keseluruhan kelas makanan dari karbohidrat, protin, lemak, vitamin dan mineral di dalam susu lembu ini. Membuang lemak dari susu telah menyingkirkan komponen lemak daripada susu namun adakah semata-mata lemak sahaja yang disingkirkan daripada susu rendah lemak ini???????

Terdapat dua jenis Vitamin iaitu vitamin yang larut di dalam air dan vitamin yang larut di dalam di dalam lemak. Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Vitamin untuk maklumat berkenaan vitamin secara lengkap.

Kumpulan pertama vitamin terdiri dari vitamin B1, B2, B3, B5, B6, Biotin, Asid Folik, B12 dan vitamin C adalah larut di dalam air manakala vitamin A, D, E dan K adalah terdiri daripada kumpulan kedua vitamin yang larut di dalam lemak.

Dengan menyingkirkan lemak dari susu, kita bukan sekadar kehilangan lemak namun segala vitamin yang larut di dalam lemak sebenarnya juga telah disingkirkan!.

Kehilangan vitamin-vitamin yang larut di dalam lemak melalui susu rendah lemak adalah satu tragedi. Kekurangan vitamin D sahaja sudah boleh menyebabkan berbagai kesan negatif. Sila baca artikel menarik kesan kekurangan vitamin D ini melalui http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2008/11/01/Vitamin-D-is-a-Key-Player-in-Your-Overall-Health.aspx dan artikel ini ada saya copy paste di bawah ini.

Susu mengandungi segala macam mineral yang diperlukan tubuh badan termasuk kandungan mineral terbanyak di dalam susu iaitu Kalsium dan Phosphorus. Kedua-dua mineral ini sangat diperlukan untuk pembentukan tulang yang sihat. Persoalan seterusnya ialah adakah dengan pengambilan susu rendah lemak ini akan menyebabkan kehilangan lemak dan vitamin yang larut dalam lemak sahaja??? Untuk memahami soalan cepumas ini, marilah kita memahami fungsi vitamin D berikut.

Vitamin D adalah larut dalam lemak. Penyingkiran lemak dari susu samalah juga sebagai penyingkiran vitamin D dan juga vitamin A, E dan K. Fungsi penting vitamin D adalah sebagaimana dijelaskan di dalam wikipedia iaitu membantu penyerapan kalsium dan Phosphorus dari makanan dalam usus kecil.

“• Vitamin D regulates the calcium and phosphorus levels in the blood by promoting their absorption from food in the intestines, and by promoting re-absorption of calcium in the kidneys, which enables normal mineralization of bone and prevents hypocalcemic tetany. It is also needed for bone growth and bone remodeling by osteoblasts and osteoclasts ..

• Absent vitamin K or with drugs (particularly blood thinners) which interfere with Vitamin K metabolism, Vitamin D can promote soft tissue calcification.”

Ini membawa maksud bahawa sekiranya makanan di dalam usus kecil banyak mengandungi kalsium dan phosphorus yang amat berguna bagi tubuh tetapi dengan kekurangan vitamin D, penyerapan ke dalam tubuh boleh tidak berlaku atau sedikit sahaja yang berlaku. Ini membawa maksud, dengan kurangnya vitamin D, makanan yang kaya dengan kalsium dan phosphorus hanya menjadi sia-sia kerana tubuh tidak dapat menyerap secara keseluruhannya. Inilah yang berlaku dalam kes susu rendah lemak.

Susu lembu memang mengandungi banyak mineral termasuk kalsium dan phosphorus tetapi dengan mengambil susu rendah lemak, segala lemak berserta vitamin A. D, E dan K telah turut hilang. Kehilangan vitamin D dan K sebagaimana dijelaskan di atas menyebabkan kandungan kalsium dan phosphorus yang kaya di dalam susu tidak dapat dimanfaatkan oleh tubuh badan. Ini membawa maksud bahawa pengambilan susu rendah lemak menyebabkan:

1. Kehilangan lemak baik dari susu

2. Kehilangan Vitamin A, D, E dan K

3. Kehilangan mineral Kalsium dan Phosphorus kerana tubuh tidak dapat menyerap kesemuanya.

4. Kesan-kesan negatif sebagaimana dinyatakan di http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2008/11/01/Vitamin-D-is-a-Key-Player-in-Your-Overall-Health.aspx termasuk merosotnya tahap kesihatan.

Selain daripada isu kehilangan zat makanan yang penting dari susu rendah lemak, mari kita lihat pula isu harga susu rendah lemak. Sebagai perbandingan, kek berkrim sepatutnya berharga lebih mahal berbanding kek tanpa krim, begitulah susu penuh krim atau fullcream juga sewajarnyalah berharga lebih mahal berbanding susu rendah lemak. Ini dapat diterjemahkan melalui harga susu berikut:

Perkara Harga

Fernleaf Instant 600gm (Susu rendah lemak) 13.80

Fernleaf Fullcream 600gm 15.20

Fernleaf Kuat Family Milk 2 Kg (Susu rendah lemak) 34.90

Fernleaf Fullcream Milk 2 Kg 45.50

Apa yang menjadi kemusykilan besar kepada saya ialah mengapakah susu Anlene dan Anlene Gold menjadi sangat mahal mengalahkan harga susu fullcream sedangkan susu Anlene ini adalah diperbuat daripada susu rendah lemak? Cuba perhatikan harga berikut:

Anlene 700gm berharga RM20.90

Anlene Gold 700gm berharga RM21.70

Keistimewaan susu Anlene menurut apa yang dijelaskan oleh pihak penjualnya adalah kandungan kalsiumnya yang tinggi. Harga sumber kalsium adalah sangat murah. Ambil sahaja kulit kupang yang dibuang oleh penternak kupang di Johor Bahru, dibersihkan dan dikisar sudah menjadi sumber kalsium. Namun dengan kandungan kalsium yang tinggi ini, adakah badan dapat memanfaatkannya dengan menyerap ke dalam tubuh sedangkan melalui penjelasan saya di atas, penyerapan kalsium ke dalam tubuh memerlukan vitamin D? Vitamin D yang terkandung di dalam susu telah dibuang apabila lemak susu telah diasingkan!


Bagi pandangan saya, hasrat pembeli susu Anlene untuk menambahkan kesihatan tulang hanya sekadar harapan semata-mata. Membelanjakan wang yang mahal untuk membeli kononnya “susu premium” susu Anlene hanya seperti mengejar fatamorgana. Duit habis tetapi hasilnya tiada atau sangat rendah.

Kes Anlene ini sebenarnya mirip peniaga Malaysia yang ingin memasarkan baju berkualiti dengan harga murah ke Brunei. Pakaian berharga RM150 berkualiti tinggi di Malaysia dapat dipasarkan di Brunei selepas kos penghantaran, cukai dsbnya (1 $ Brunei = RM2.40) dengan harga Brunei $100. Namun hakikatnya sekiranya pakaian ini dijual di Brunei dengan harga Brunei $100, insya-Allah tidak ramai yang membelinya tetapi sekiranya pakaian ini dijual dengan harga Brunei$200 atau lebih, insya-Allah laris jualannya.

Inilah yang berlaku ke atas susu Anlene Gold. Berbagai iklan menipu yang diusahakannya disamping diletakkan harga yang mahal konon kerana kualitinya sangat tinggi tetapi hakikatnya pembeli tertipu. Kembalilah gunakan susu fullcream, khasiatnya sudah sangat bagus pemberian ajaib dari Allah SWT.

Anlene Gold yang menggunakan istilah “Formula unggul kekuatan tulang” hanya sekadar iklan untuk meramaikan pembelinya. Jangan tertipu!

Namun saya ingin memberikan kepujian kepada pengedar Fernleaf Kuat Family Milk 2Kg kerana mencatatkan catatan berikut di pembungkus susu tersebut:

“SUSU TEPUNG KURANG LEMAK TIDAK SESUAI SEBAGAI MAKANAN LENGKAP UNTUK KANAK-KANAK DI BAWAH 12 BULAN”

Susu rendah lemak adalah sebenarnya susu cacat yang sudah dibuang komponen penting lemak yang menyumbang peranan yang amat penting dalam kesihatan manusia. Itulah sebabnya ia tidak boleh digunakan bagi kanak-kanak dibawah 12 bulan. Persoalannya ialah jikalau tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 12 bulan, mengapakah ia sesuai digunakan untuk orang dewasa??

Seterusnya berbagai iklan tipu dipaparkan dimedia massa menyatakan pelbagai faedah dari penggunaan susu rendah lemak. Saya ulangi sekali lagi bahawa susu rendah lemak adalah susu cacat dimana kandungan lemak daripada susu ini telah dikeluarkan. Lemak susu yang dikeluarkan ini tidak dibuang tetapi dijual untuk pelbagai kegunaan lain. Kehilangan lemak dari susu seterusnya menghilangkan segala vitamin (A,D,E,K) yang larut didalamnya dan dengan ketiadaan vitamin D daripada sumber susu ini mengakibatkan penyerapan mineral Kalsium dan phosphorus ke dalam tubuh badan terjejas. Kehilangan Vitamin terutama sekali vitamin D menjejaskan kesihatan manusia.

Ramai orang menyangka bahawa lemak di dalam susu menggemukkan dan memberikan kesan negatif lain. Bagi saya ini adalah pandangan yang kurang wajar. Keluarga saya termasuk isteri dan 6 orang anak, alhamdulillah tidak gemuk pun walau pun mereka kuat minum susu fullcream. Yang belajar di UIA dan UTM siap minta dibelikan susu fullcream setiap bulan.

Satu lagi fakta yang pengguna perlu tahu tentang lemak susu ialah lemak susu adalah lemak yang baik kepada manusia sebagaimana baiknya minyak zaitun kepada manusia. Minyak zaitun terlalu banyak khasiatnya dan tidak boleh diganti oleh minyak kelapa sawit. Minyak zaitun membawa khasiat manakala minyak kelapa sawit membawa mudharat. Begitulah juga dengan lemak dalam susu banyak khasiatnya.

Sekian sahaja untuk kali ini..

Susu penuh lemak tingkatkan peluang hamil

PARIS 28 Feb. - Wanita yang gemar susu penuh lemak dan ais krim mempunyai peluang tinggi untuk hamil berbanding mereka yang memilih susu rendah lemak kerana ia menghalang kesuburan.

Menurut para penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Harvard, keputusan itu mungkin ‘mencabar’ garis panduan pemakanan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Kajian oleh universiti itu dijalankan ke atas 18,555 wanita berusia antara 24 hinggga 40 tahun di AS yang hamil atau mencuba untuk hamil antara tahun 1991 hingga 1999.

"Tiga atau lebih hidangan susu rendah lemak atau yang sepadan dengannya setiap hari untuk orang dewasa menyebabkan mereka berhadapan risiko menjadi kurang subur sebanyak 85 peratus”.

"Hidangan susu seperti itu akan mengurangkan pengeluaran telur oleh ovari," kata ketua penyelidik, Jorge Chavarro.

Katanya, pengambilan sekurang-kurangnya satu hidangan produk tenusu penuh lemak, mengurangkan risiko tidak subur berbanding wanita yang mengambil sedikit atau tidak mengambil langsung produk tenusu penuh lemak.

Jelas Chavarro, kehadiran bahan larut lemak dalam hasil tenusu dapat meningkatkan fungsi ovari untuk menghasilkan telur.

- AFP

Komen saya:

Allah sudah menjadikan susu lembu sudah sempurna bagi anak lembu dan boleh juga dimanfaatkan untuk manusia.

Dalam penulisan saya yang lalu seperti dalam artikel gastrik & ulcer punca dan rawatan alternatif, mengapa gigi mudah rosak / berlubang? dan tapak tangan lembab atau basah bahagian 2, saya ada menceritakan khasiat susu lembu yang dalam bentuk asal iaitu susu segar atau susu tepung fullcream dan bukannya dalam bentuk HL (high low) atau low fat.

Begitulah Allah menjadikan susu lembu dapat membantu merawat penyakit berkaitan paru-paru dan gastrik (gastritis) di samping menguatkan gigi dan tulang. Bagi yang ingin mengamalkan 4 kali minum susu sehari bagi rawatan paru-paru, jangan terperanjat kelak insya-Allah setiap pagi keluar lendir atau macam kahak berwarna coklat gelap macam darah kerana ini sebenarnya adalah tindakbalas positif tubuh menyingkirkan bahan terkumpul di dalam paru-paru untuk sekian lama.

Hari ini saya mendapat satu lagi khasiat susu lembu (bukan HL atau low fat) iaitu membantu kesuburan perempuan, subhanallah.

Elakkan susu rendah lemah dan susu high low serta susu Anlene kerana ia adalah dibuat dari susu rendah lemak.

SEKIAN...

Kesimpulan akhir :
Dgn hanya mengelakkn makanan rapu dan minum susu fullream dpt elakkan pelbagai penyakit. Malah blh sembuhkn pelbagai penyakit pulak…. mcm tak percaya kan? Tp itulah hakikatnya. Kenapa tak percaya khasiat susu? Sbb kita memang telah dimomokkan dah telah set dalam minda kita, asal lemak je bahaya, asal lemak je penyakit, sedangkan lemak susu dan minyak zaitun tidaklah begitu. Malah telah disebut dalam al-Quran dan hadis tentang susu dan minyak zaitun. Itu lah salah satu sbb kenapa org sekarang belum pun 40 dh mcm2 penyakit hingap di badan. Tak percaya? cuba buat bancian 1000 org dewasa, berapa % yg amalkan minum susu(bkn pekat manis). Saya percaya tidak sampai 10%,mungkin lebih teruk lagi tidak sampai 5%. Tidakkah kita terfikir, bagaimana anak lembu baru lahir yang lembik dan lemah dpt membesar tegap dan kuat hanya dgn meminum susu ibunya? Bagaimana bayi yg lemah fizikal dan antibodinya boleh tahan daripada penyakit dan sihat membesar? Kita juga telah menanam 1 iktiqad yang songsang dalam minda kita bahawa susu hanyalah untuk kanak-kanak sahaja.

Mungkin kita akan berkata, orang lain tak minum susu pun sihat je? Kita tidak blh menghukum begitu kerana cara pemakanan dan cara hidup setiap org berbeza.mungkin mereka begitu menjaga soal pemakanan, bersenam dll. Itu juga menyumbang kepada kesihatan. Kalau kita tidak sayang pada diri kita sendiri, siapa lg??? Tepuk dada, sakit dada….

Sama-sama renungi maksud hadis dibawah:

Rasulullah SAW bersabda “Susu sapi adalah pembawa kesembuhan, lemaknya mengandung obat dan dagingnya mengandung penyakit”. (Hadis riwayat Al Hakim d...alam Al Mustadrak dimana beliau shahihkan dan dishahihkan pula oleh Adz Dzahabi dalam At Talkhis. Lihat Shahih Jami’ As Saghir Wa Ziyadatuhu Syaikh Nashiruddin Al Albani hadis no 1233, 4060, dan 4061)

sekian..