Showing posts with label kanser. Show all posts
Showing posts with label kanser. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Pantang Larang Pemakanan Pengidap Kanser.



Pantang Larang Pemakanan Pengidap Kanser.


1) Dinasihatkan supaya jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5: merupakan persekitaran yang sesuai untuk sel kanser merebak).

2) Gula – Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah Madu. Gunakan Madu Asli sebagai gantian.

3) Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & yang berasaskan bahan dari Lembu. Susu menghasilkan mucus (lendiran) terutamanya di saluran usus perut. Sel kanser memakan mucus.

4) Makanan Laut seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5) Minuman seperti kopi, teh, minuman bercoklat, berkarbonat akan membuatkan sel kanser lebih cepat merebak.

6) Daging Merah wajib di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7) Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8) Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik.

Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, ikan salmon, ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain.

(Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai mengandungi Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).

9) Makanan segera & sebarang produk dalam tin seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10) Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.

11) Makanan yang dipanggang & di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

Wednesday, September 12, 2012

Tapai Ubi Pencegah Kanser


Tapai Ubi Pencegah Kanser.

JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.

Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda. Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin. Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.
Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.

Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).
Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960. Kaedah ini lebih murah, memerlukan sample yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan. Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan Ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).

Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.

Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (Ph beralkali).
Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.
Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida.

Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut. Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT. Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.
Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.
Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.
Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza. Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.

Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.
Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser. Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan. ``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.
Oleh: LAUPA JUNUS (Wartawan Utusan)

Saturday, November 20, 2010

Bekas polisterina merosakkan sistem pembiakan dan penyebab kanser, leukemia


Bekas polisterina merosakkan sistem pembiakan dan penyebab kanser, leukemia

Bekas makanan polisterina yang banyak
digunakan oleh peniaga makanan kini
merupakan pembunuh senyap tanpa
disedari oleh semua pihak. Disebabkan
kos penggunaan yang murah, ramai tidak
tahu ia mempunyai stirena yang boleh
menyebabkan barah pada organ dalaman
manusia terutama sistem pencernaan,
sel darah dan hati.

Ketika satu laporan khas diterbitkan pada 1 Mei lepas mengenai penggunaan bekas
makanan polisterina yang mampu menjadi pembunuh senyap, Bidai tidak terkejut
kerana Bidai pernah meluahkan perkara yang sama tahun lepas.

Laporan khas yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia itu menceritakan secara
terperinci kenapa bekas berwarna putih itu merupakan pembunuh senyap sama ada
kepada manusia dan juga kepada alam sekitar.

Ia digunakan dengan meluas untuk mengisi makanan dan ekoran kosnya yang murah dan
mampu memberikan keuntungan lebih banyak kepada penjual makanan, ia terus
digunakan.

Tak gunalah mana-mana syarikat yang menghabiskan berjuta-juta ringgit hanya untuk
membuat penyelidikan menggantikan bekas polisterina itu dengan bahan lain sebab,
jika bekas gantian itu dijual dengan kos yang tinggi berbanding polisterina, ia
pasti tidak akan mendapat sambutan.

Kecuali di Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengharamkan penggunaan sebarang
bekas polisterina melalui Kempen Tapau-Mania dan memberikan alternatif terbaik
buat warga pelajarnya sama ada mahu memilih untuk menggunakan bekas sendiri atau
bekas makanan mesra alam, Bidai dapat rasakan jika ini tidak diguna pakai di
mana-mana warung, di negara ini, pastinya sambutan terhadap bekas mesra alam akan
pudar.

Sama juga seperti di USM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga telah mengorak
langkah menggunakan bekas mesra alam yang dikenali sebagai biopak di mana mereka
juga mengenakan tambahan 20 sen kepada pengguna.

Jadi akhirnya, bagai mereka yang tidak mahu membayar lebih 20 sen, mereka akan
membawa bekas makanan sendiri dan ini sedikit sebanyak mampu menghapuskan
penggunaan bekas polisterina.

Mengenai bekas polisterina ini, Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata, biarpun belum ada kajian
mendalam mengenai tahap bahaya bahan itu namun bahan stirena yang berasal daripada
phemynl memang boleh memberi masalah ke pada sistem kesihatan.

Kata beliau, organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak
langsung terutamanya kepada sistem pencernaan yang turut melibatkan darah serta
hati.

''Walaupun tiada kajian, namun kewujudan stirena ini tetap ada dalam bekas makanan
malah bertambah bahaya jika sumber makanan atau minuman yang digunakan berasid,''
katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini walaupun hakikatnya ia sudah
berkali-kali diberitahu dan diumumkan.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S.M Mohamed Idris
berkata, bungkusan polisterina yang mengandungi sedikit sisa stirena boleh
menyerap masuk ke dalam makanan jika bekas makanan itu masih baru disebabkan ia
belum sebati manakala yang lama mudah terurai akibat panas dan pancaran matahari.

''Stirena yang meresap dalam makanan itu akhirnya akan masuk ke dalam sistem badan
dan bakal menjejaskan kesihatan manusia,'' jelasnya.

Bidai baca kenyataan dia pun Bidai dah seram. Saban hari kita bergelumang dengan
bekas polisterina itu tanpa mengetahui bahaya mengenainya yang mampu membunuh.

Walaupun belum lagi ada kajian terperinci, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa
(IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengkelaskan stirena sebagai
bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu ejen penyebab kanser.

Malah kesan buruk stirena ini juga akan menyebabkan mutagen yang mampu merubah
genetik dan menyumbang kepada risiko kanser serta merosakkan sistem pembiakan.

Lebih memeranjatkan, pengeluaran polisterina juga membabitkan penggunaan benzena
iaitu bahan karsinogen yang dikaitkan dengan leukemia.

Di Britain, kajian mendapati bahawa polisterina dalam plastik yang digunakan untuk
makanan mengandungi sehingga 80 bahagian persejuta (bps) benzena.

Kalau pembaca perasan, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain
sudah lama tidak menggunakan bahan polisterina pada setiap bekas makanan dan
minuman mereka, sebaliknya mereka lebih banyak menggunakan pembalut kertas yang
mampu dikitar semula.

Ini berikutan, polisterina bukan hanya merosakkan sistem dalaman manusia, namun ia
juga mampu memberikan kesan buruk kepada alam sekitar disebabkan ia mengambil masa
hingga beratus-ratus tahun untuk terurai dengan sepenuhnya.