Tuesday, October 9, 2012

ARIFFBILLAH HABBATUS SAUDA


ARIFFBILLAH HABBATUS SAUDA
STOK
13RM 36
1. ARIFFBILLAH HABBATUSSAUDA
Mengandungi 315mg Serbuk habbatussauda Syiria yg telah di kisar menjadi serbuk dan di masukkan ke dalam kapsul yang halal.
  • Hanyalah makanan tambahan (supplement dan bukanlah ubat)
  • Nama lain bagi Habbatussauda ialah Nigella Sativa, Black seed, JIntan hitam dan macam-macam lagi.
2. BERAPA LAMAKAH BOLEH TAHAN?     
  • Sebotol mengandungi 60 kapsul habbatussauda.
  • Jika mengikut cara pemakanan yang di sarankan ianya adalah untuk kegunaan 2 minggu.
  • Habbatussauda asli di dalam kapsul boleh tahan bertahun tahun lamanya tetapi penggunaan kapsul halal mempunyai tarikh luput tersendiri. Oleh itu silalah makan secara teratur dan tetap sehingga tarikh luput yang dinyatakan. Jika ingin menyimpan lama boleh di simpan di peti sejuk.
3. BAGAIMANAKAH CARA PEMAKANAN ARIFFBILLAH HABBATUSSAUDA?  
  • Di makan 2 biji kapsul di waktu pagi
  • Di makan 2 biji kapsul di waktu malam sebelum tidur
  • Boleh di makan ketika perut kosong atau penuh.
  • Boleh di makan sekiranya ada mengambil ubat ubatan lain atau jamu
  • Boleh di rujuk kepada doktor seandainya perlu.
  • Boleh di ambil lebih dari dosage yg di cadangkan sekiranya sudah biasa dengan pengambilan habbatussauda.
  • Boleh di ambil kurang dari dosage yang di cadangkan sekira ingin membina keyakinan diri terhadap produk dan bila mula rasa selesa dan konfiden boleh mengikut dos yang di sarankan.
  • Boleh bertanya kepada doktor terlebih dahulu jika perlu.
4. BAGAIMANA JIKA TERLANGKAH HABBATUSSAUDA INI?  
  • Jika terlangkah tiada masalah atau kesan kepada Habbatussauda ini. Tetapi  janganlah sengaja di langkah sebagai menjaga adab adakah kite suka suka  melangkah-langkah makanan dengan sengaja ?
5. PENGIKTIRAFAN HABBATUSSAUDA 
  • Diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)
  • Daripada Buraidah katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati". Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.
  • Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA" terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut". Diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119); Muslim(7:25); Ibnu Majah(2:342); Termizi(2:3 pada edisi Bulaq); dan Ahmad(2:241) menerusi riwayat Sufyan bin `Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
  • Menurut rujukan sejarah membuktikan bahawa HABBATUS SAUDA' digunakan sebagai Herba Perubatan Oleh ramai tokoh ilmu termasuk Ibnu Sina.
6. KEBAIKAN DAN KEUNIKAN HABBATUSSAUDA
  • Membantu dalam mengeluarkan Asid Urik dalam badan.
  • Mengelakkan dari terkena penyakit gout.
  • Membantu menyembuhkan selsema.
  • Meredakan dan merendahkan tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan alahan atau alergi kepada sesuatu jenis makanan atau minuman atau sebaliknya.
  • Melancarkan pengeluaran susu khususnya kepada kaum ibu.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Membantu merawat penyakit kencing manis.
  • Merawat penyakit dan gejala cirit birit.
  • Melindungi tubuh badan daripada penyakit barah.
  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan anda seharian.
  • Mengelakkan penyakit batu pundi hempedu.
  • Merawat penyakit lenguh-lenguh badan atau sakit-sakit sendi.
  • Uniknya,ia juga adalah solusi buat mereka yang mengalami gangguan sihir dan ilmu hitam.
7. TESTIMONI 
Berikut adalah beberapa testimoni pelanggan yang telah mencuba dan mengamalkan Ariffbillah Habbatus Sauda:

MAKLUMBALAS TERKINI :
Zamara Buang : just received a call from my mom..according to her after 1month consume habbatussauda..her high blood pressure and diabetic problem was gone..(she have mild diabetic)..she was so happy today when the Doctor given her the report.

MAKLUMBALAS 1 : SARAF
Masalah saraf saya ok dah kak! pegi doktor pergi urut dan juga makan kapsul semua saya buat alhamdullillahdah pulih sepenuhnya tak smpy sebulan pun... TQ kak paksa saya aritu.. uhuhu....

MAKLUMBALAS 2 : MUKA KUSAM KEMBALI BERMAYA
kalau dulu muka kusam aje. Sekarang abg ipar aku dah berseri2 mukanye. Dia nak order lagik 2 botol.. 

MAKLUMBALAS 3 : ILMU BATIN, BELAJAR TAK HABIS
Dulu byk amik ilmu itu ini belajar tak habis.. lepas makan capsule saya jadik baran... naik angin.. cirit birit kejap.. tapi ikut pesan akak saya teruskan juga makan... alhamdulillah.. bertenaga utk kerja.. dan tak lemah2 badan lagik.

MAKLUMBALAS 4 : LEMAH LEMAH BADAN & BAYI MENYUSU BADAN MACAM TAK CUKUP
Aku suka lah kapsul kau! Rasa dia tak macam habbatussauda yg pernah aku makan! Effect plak DABOMB!.. aku dulu selalu sakit sana sini.. asal petang aje mandom! Sekarang aku rasa macam superMOM ... HAHAHAHA! Betul kata kau bukan utk sihir aje menda neh macam2 bagusnye! Dulu anak aku macam tak kenyang aje tau minum susu aku... betul kata kau lepas sebotol neh KOMPOM! Susu aku lebih berkualiti! ANAK AKU KENYANG... AKU PLAK LEH LOMPAT SANA SINI... ILOVEU laaaaahhhh liyna!!!! He he he 

MAKLUMBALAS 5 : SEMPUT, DARAH TINGGI & KENCING MANIS
Akak! Mak kite kate kapsul akak bagus sgt! ABAH DAH TAK KENA ASTHMA ATTACK KAK!!! Alhamdulillah sgt2! Lepas tuh mak kata.. dia tak pening2... check darah kencing manis terkawal...sekarang dia sedang kurangkan makan ubat2 doktor tuh... try makan sepenuhnye sauda macam akak


Monday, October 1, 2012

Muslimah T-Shirt



TERBARU!!!MUSLIMAH T-SHIRT TERSEDIA DIJUAL SECARA ONLINE....KLIK FB SAYA..

TERIMA KASIH....

Monday, September 24, 2012

Konsep Empat Unsur dalam perubatan Islam



بسم الله الرحمن الرحيم

Konsep empat unsur yang dibincangkan di sini adalah berdasarkan Perubatan Ibnu Sina atau lebih dikenali sebagai Perubatan Unani (Unani Medicine), ia juga dibincangkan secara jelas dalam falsafah Yunani dan falsafah Islam.

Unsur atau arkan (أركان) merupakan struktur paling kecil di alam dunia ini. Ia tidak boleh dibahagikan atau dipecahkan lagi kepada bahagian atau juzuk yang lebih kecil. Walaupun ada pihak yang mengatakan bahawa partikel elemen (elementary particle) seperti kuark, lepton dan boson merupakan struktur yang paling kecil, saya merasakan bahawa partikel-partikel tersebut akan berjaya dipecahkan kepada struktur yang lebih kecil.

Saintis terdahulu menyatakan bahawa atom merupakan struktur terkecil, namun hari ini perkara tersebut terbukti salah, menyatakan partikel elemen sebagai struktur paling kecil merupakan satu kesimpulan yang agak melulu.

Sains moden belum menemui arkan, boleh jadi terdapat berpuluh-puluh atau beratus-ratus peringkat lagi selepas partikel elemen sebelum saintis berjaya menemui arkan atau unsur ini, atau mungkin juga unsur ini akan terus menjadi misteri dan tidak ditemui oleh sesiapapun, hanya mampu dibincangkan secara konsep tanpa dibuktikan secara empirik.






JENIS UNSUR

Terdapat empat jenis unsur yang menjadi asas bagi segala struktur lain yang lebih besar, penggabungan dan kepelbagaian jumlah keempat-empat unsur ini menghasilkan pelbagai struktur yang lebih besar dan saling berbeza. Empat unsur tersebut ialah unsur tanah, air, angin dan api.

1. Unsur tanah merupakan unsur yang berada di tengah-tengah atau bulatan pertama. Ia bersifat sejuk    dan kering.

2. Unsur air merupakan unsur yang berada pada bulatan kedua iaitu di antara unsur bumi dan angin. Ia bersifat sejuk dan basah.

3. Unsur angin merupakan unsur yang berada pada bulatan ketiga iaitu di antara unsur air dan api. Ia bersifat panas dan basah.

4.Unsur api merupakan unsur yang berada pada bulatan keempat iaitu selepas unsur angin. Ia bersifat panas dan kering.

Setiap unsur ini mempunyai kedudukannya yang tersendiri pada bulatannya yang dikenali juga dengan nama falak atau orbit, sebarang perubahan kedudukannya yang disebabkan oleh tenaga daripada luar akan menyebabkan unsur itu kembali ke tempat asalnya menurut susunan berat bagi setiap unsur. Susunan berat bagi unsur-unsur mengikut tertib paling ringan dimulakan dengan unsur api, kemudian unsur angin, unsur air dan akhirnya unsur tanah sebagai unsur paling berat.


Unsur Kelima

     Selain daripada empat unsur yang telah disebutkan, terdapat konsep unsur yang kelima, iaitu satu unsur yang sangat seimbang dan tidak mengalami perubahan atau kemusnahan. Disebabkan keseimbangannya itu, ia tidak diambil kira secara khusus dalam Perubatan Unani, sebaliknya ia dikaitkan dengan alam atau makhluq lain yang bersifat mulia dan tinggi (ajram ‘alawiyyah / أجرام علوية). Unsur kelima ini lebih dikenali sebagai “aeter” (aether). Ia sering dikaitkan dengan kesempurnaan, roh dan semangat.

Dalam Perubatan Ayurveda (Ayurvedic Medicine), terdapat juga konsep lima unsur. Unsurnya adalah sama seperti unsur dalam Perubatan Unani dan ditambah dengan unsur akasha (aeter) sebagai unsur yang kelima. Dalam Fizik Partikel, sifat keseimbangan ini sering dikaitkan dengan boson Higgs yang dikenali juga sebagai Partikel Tuhan (God Particle), boson ini dikatakan seimbang dan tiada caj atau neutral, walau bagaimanapun boson ini belum berjaya dibuktikan.

Suatu masa dahulu, misteri unsur kelima ini pernah juga dikaitkan dengan tenaga “orgon” (orgone energy). Sistem Perubatan Cina Tradisional (Traditional Chinese Medicine) juga menggunakan konsep lima unsur, tetapi ada sedikit perbezaan dengan konsep lima unsur dalam Perubatan Unani atau Ayurveda.




SIFAT UNSUR

     Seperti yang telah dijelaskan, setiap unsur mempunyai dua sifat. Dua sifat yang ada pada unsur dinamakan sebagai “kualiti primer”, iaitu panas, sejuk, kering dan basah. Sifat panas dan sejuk dikenali juga sebagai sifat aktif, manakala sifat kering dan basah dikenali juga sebagai  sifat pasif. Hal ini adalah kerana sifat aktif menghasilkan sifat pasif, sifat panas menghasilkan sifat kering, manakala sifat sejuk menghasilkan sifat basah. Jadi sifat panas dan sejuk merupakan sifat yang paling utama dan paling memberi kesan kepada tubuh.

Apabila unsur bergabung dan menghasilkan struktur baru yang lebih besar, maka struktur baru itu akan mempunyai sifatnya yang tersendiri. Namun sifat struktur baru itu bergantung kepada sifat unsur-unsur yang membentuk struktur baru itu. Sifat struktur baru yang lebih besar ini dinamakan sebagai “mizaj” (مزاج).

Kepelbagaian bilangan unsur dalam membentuk struktur baru yang lebih besar menghasilkan kepelbagaian jenis mizaj, terdapat sembilan jenis mizaj yang boleh terhasil iaitu;

1. Seimbang
2. Panas
3. Sejuk
4. Kering
5. Basah
6. Panas Dan Kering
7. Panas Dan Basah
8. Sejuk Dan Kering
9. Sejuk Dan Basah

Keseimbangan mizaj bukanlah bererti wujud satu sifat baru yang dinamakan “seimbang” tanpa mempunyai sifat panas, sejuk, basah atau kering. Tetapi ia bermaksud keseimbangan antara keempat-empat sifat tersebut. Walau bagaimanapun, menurut Aristotel, unsur kelima iaitu aeter mempunyai mizaj “seimbang” tanpa mempunyai salah satu sifat yang empat.

Keseimbangan mizaj bagi manusia dari sudut perubatan tidak semestinya bermaksud keseimbangan mutlak antara keempat-empat sifat tersebut, bahkan keseimbangan mizaj bagi manusia secara umum ialah panas dan basah. Kerana itulah dikatakan bahawa penduduk di kawasan khatulistiwa yang mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun sebagai golongan yang paling seimbang mizajnya jika dibandingkan dengan penduduk-penduduk di kawasan lain.

Selain faktor kawasan dan cuaca, keseimbangan mizaj seseorang individu juga ditentukan oleh jantina, pekerjaan, bangsa, umur, akhlaq dan pelbagai perkara lain. Oleh itu, perawat perlu peka dengan semua aspek diri pesakit agar perawat tersebut dapat memberikan rawatan yang sesuai menurut keadaan dan keperluan semasa.

     Menurut Imam Az-Zahabi dalam kitabnya At-Tibb An-Nabawi, beliau menyatakan bahawa mizaj yang paling seimbang dalam kalangan haiwan ialah manusia (haiwan natiq / speaking animal). Mizaj yang paling seimbang dalam kalangan manusia ialah para mukmin, kemudian para nabi, kemudian para rasul, kemudian para rasul Ulul ‘Azmi yang lima, kemudian Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W, Baginda memiliki sebaik-baik mizaj tubuh kerana mizaj tubuh dipengaruhi oleh akhlaq seseorang itu. Jadi, Baginda yang memiliki sebaik-baik akhlaq, maka selayaknya Baginda jugalah yang mempunyai sebaik-baik mizaj dalam kalangan makhluq-makhluq Allah.



Surah Nau’iyyah

Selain daripada sifat-sifat ini, gabungan pelbagai unsur juga boleh menghasilkan karakter (‘aradh)jenis lain iaitu “surah nau’iyyah” (صورة نوعية)Surah nau’iyyah ialah bentuk susunan unsur. Analoginya adalah seperti penyusunan ketulan-ketulan bata dengan cara yang berbeza. Konsep ini sama seperti dalam ilmu kimia moden di mana pelbagai atom boleh bergabung dan tersusun dalam pelbagai bentuk.

Perbezaan bentuk susunan unsur atau atom memainkan peranan yang sangat penting dalam ilmu perubatan khususnya dalam bidang farmakologi, farmakognosi dan herbologi, kerana setiap perbezaan bentuk susunan memberikan kesan yang berbeza kepada tubuh.



KAITAN ARKAN DAN MIZAJ DENGAN BEBERAPA PERKARA

Dalam Perubatan Unani, kefahaman mengenai keempat-empat unsur ini memainkan peranan yang sangat penting dalam merawat, kerana konsep struktur yang paling kecil pada masa dahulu bergantung sepenuhnya pada konsep arkan ini. Setelah muncul ilmu sains moden khususnya ilmu kimia, maka peranan konsep unsur semakin kurang mendapat perhatian, sebaliknya proses merawat banyak bergantung pada konsep kimia, khususnya berkaitan struktur kimia ubat-ubatan.

Walaubagaimanapun, konsep unsur masih relevan untuk digunapakai kerana banyak persamaan konsep ini dengan beberapa konsep sains moden. Antaranya ialah konsep panas-sejuk dan basah-kering.

Sifat panas boleh kita gantikan dengan konsep tenaga (energy) atau caj negatif manakala sifat sejuk boleh digantikan dengan konsep daya (force) atau caj positif. Basah dan kering pula merujuk kepada konsep kepadatan, ketumpatan atau tekanan, sifat basah mewakili ketumpatan (dense), sifat kering mewakili kelonggaran (loose).

     Konsep empat unsur menepati konsep keadaan jirim (states of matter) iaitu keadaan pepejal mewakili unsur tanah, keadaan cecair mewakili unsur air, keadaan gas mewakili unsur angin dan keadaan plasma mewakili unsur api.



      Konsep empat unsur juga menepati konsep keperluan tubuh manusia iaitu haba dan sinaran UV mewakili unsur api, oksigen mewakili unsur angin, air minuman mewakili unsur air dan nutrien mewakili unsur tanah.

   Selain itu, lapisan-lapisan sfera bumi juga menepati konsep empat unsur, lapisan tanah yang bersifat pepejal mewakili unsur tanah dan dinamakan litosfera, lapisan air laut dan sungai yang bersifat cecair mewakili unsur air dan dinamakan hidrosfera, lapisan udara yang bersifat gas mewakili unsur angin dan dinamakan atmosfera, dan lapisan yang paling luar iaitu lapisan ion yang bersifat plasma mewakili unsur api dan dinamakan ionosfera.




Wallahu'alam.


Wednesday, September 12, 2012

Tapai Ubi Pencegah Kanser


Tapai Ubi Pencegah Kanser.

JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.

Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda. Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin. Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.
Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.

Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).
Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960. Kaedah ini lebih murah, memerlukan sample yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan. Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan Ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).

Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.

Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (Ph beralkali).
Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.
Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida.

Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut. Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT. Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.
Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.
Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.
Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza. Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.

Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.
Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser. Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan. ``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.
Oleh: LAUPA JUNUS (Wartawan Utusan)

Tuesday, August 14, 2012

“Chicken Wing” Punca Ketumbuhan-Kisah Benar


Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita
Kisah Benar, Seorang rakan saya baru-baru ini mempunyai pertumbuhan dalam rahim dia dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan , doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau .
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak.Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan .. Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam .
sumber : SingaporeMedical Association

Sunday, July 1, 2012


Kanser Hati


HEPATOCELLULAR Carcinoma (HCC) atau barah hati meragut nyawa hampir 610,000 penduduk dunia setiap tahun. Ia menyerang lebih ramai lelaki, mencecah tiga kali berbanding wanita. Di Malaysia, barah hati adalah barah kelima paling biasa dihidapi lelaki, mencatatkan 5.7 kejadian bagi setiap 100,000 penduduk.

Penyakit ini biasanya dihidapi lelaki berusia 50 hingga 60 tahun terutama di beberapa bahagian benua Afrika dan Asia berbanding utara atau selatan Amerika dan Eropah.

Tidak seperti barah hati metastatik, HCC tidak bermula dari organ lain - seperti barah payu dara atau kolon - dan mula merebak ke hati. Dalam kebanyakan kes, punca biasanya adalah parut pada hati atau chirrhosis.

Chirrhosis boleh disebabkan oleh alkohol (penyebab utama di Amerika Syarikat), masalah auto imun, penyakit yang menyebabkan radang berpanjangan di hati, Hepatitis B atau C dan terlalu banyak iron dalam tubuh (hemochromatosis).

Pesakit yang menghidap Hepatitis B atau C berhadapan risiko mendapat barah hati walaupun tidak mengalami chirrhosis.

Barah hati sukar dirawat kerana kemoterapi biasa tidak berkesan. Ia hanya boleh dirawat jika dikesan di peringkat awal sebelum merebak dan jika pesakit cukup sihat untuk menjalani pembedahan.

Bagaimanapun pembedahan selalunya tidak dapat dilakukan kerana penyakit dikesan terlalu lewat disebabkan gejalanya yang hanya dilihat di peringkat lanjutan. Ramai pesakit meninggal dunia dalam masa setahun selepas diagnosis dan kerana itu juga barah hati dikenali sebagai pembunuh senyap.

Apabila seseorang disahkan menghidap HCC, jangkaan untuk rawatan yang berkesan agak tipis kerana hakikatnya hanya 10 hingga 20 peratus HCC yang boleh dibuang sepenuhnya menerusi pembedahan. Sekiranya barah tidak dapat dibuang sepenuhnya, penyakit ini biasanya boleh membawa maut dalam masa tiga hingga enam bulan.

Kelangsungan hidup berbeza mengikut pesakit dan dalam kes tertentu, jangka hayat pesakit boleh dilanjutkan sehingga enam bulan. Antara komplikasi yang dihadapi adalah pendarahan dalam perut, kegagalan hati dan merebaknya (metastasis) carcinoma.

Pakar Perunding Onkologi, Dr Matin Mellor Abdullah, berkata buat masa ini sorafenib adalah satu-satunya rawatan anti barah oral yang boleh didapati dan program NexPAP yang dilancarkan hasil kerjasama Bayer HealthCare dan Yayasan Hati Malaysia bertujuan membantu membawa perubahan ke dalam hidup pesakit dan keluarga mereka.
“Dengan pilihan rawatan berkesan seperti ubat sorafenib, kami boleh membantu membaiki peluang pesakit untuk hidup dan meringankan beban kewangan untuk kos rawatan,” katanya pada majlis meraikan peserta program bantuan pesakit NexPAP untuk rawatan barah hati `Raikan Peluang Kedua Dalam Hidup’ sempena Hari Bapa, baru-baru ini.
Sebagai satu-satunya ubat oral yang diluluskan Kementerian Kesihatan untuk merawat barah hati, sorafenib salah satu kelas baru terapi barah yang bertindak dengan mensasarkan dan menyekat protein isyarat dalam sel untuk menghentikan pertambahan sel tumor dan juga menyekat bekalan darah ke tumor.

Terapi dengan sasaran khusus ini ditujukan kepada sel barah dan boleh dikatakan tidak menjejaskan sel biasa.

HCC mungkin tidak dapat diubati namun ia boleh dicegah antaranya dengan merawat virus Hepatitis B yang mampu mengurangkan risiko. Mengikuti jadual vaksin Hepatitis B ketika kanak-kanak mampu mengurangkan risiko barah hati pada masa depan.

Elak pengambilan alkohol berlebihan, malah ada pesakit tertentu yang mendapat manfaat daripada ujian saringan hemochromatosis. Sekiranya anda mengalami hepatitis kronik atau chirrhosis, saringan dan pemeriksaan berkala dengan ultrasound hati atau dengan mengukur tahap alpha fetoprotein darah dapat membantu mengesan barah di peringkat awal.

Mereka yang mahu mengikuti Program NexPAP, boleh menghantar permohonan disertakan surat rujukan doktor kepada Yayasan Hati Malaysia. Maklumat lanjut Yayasan Hati Malaysia di talian 03-78426101 .

INFO: Antara simptom barah hati

* Hilang berat badan
* Hilang selera makan
* Terlalu kenyang walau makan sedikit
* Ketulan keras sebelah kanan di bawah tulang rusuk
* Sakit sekitar bahu kanan
* Kuning kehijauan pada kulit dan mata (jaundice)
* Kurang selesa, rengsa bahagian atas perut sebelah kanan
* Kelesuan.
* Loya

Monday, June 25, 2012

Sabun Susu Beras Collagen

Nama Produk*:Sabun Susu Beras Collagen
Info Produk*:HARGA  :
1pcs RM5.00 (tidak termasuk pos)

3pcs RM15.00 (free pos semenanjung)
3pcs RM20.00 (free pos sabah & sarawak)

(harga pasaran RM10 1unit)


♥ Sabun Susu Beras Collagen ini mempunyai fungsi untuk mencerahkan kulit wajah/ badan dari bekas-bekas hitam .
♥ 100% ORIGINAL dari susu beras mutiara dengan aroma wangi susu yang harum, lembut dan .
dengan busa yang sangat halus dan dapat menjadikan kulit lebih putih cerah, cantik dan bersih .
Sangat bagus untuk membersihkan daki-daki pada bagian kulit yang sering terlindung seperti: .
1. Bagian ketiak .
2. Bagian siku & lutut .
3. Bagian tengkuk & celah paha .
.
Berikut adalah nilai plus dari Sabun Susu Beras Ini: .
♥ Produk kecantikan dari bahan alami .
♥ tiada mengandung bahan kimia .
♥ produk ORIGINAL dari thailand .
♥ membersihkan dan mencerahkan kulit .
♥ menghilangkan bintik-bintik hitam .
♥ menghaluskan kulit .
♥ membuat kulit lembab berseri-seri .
♥ berfungsi untuk menjadikan kulit lebih halus, bebas kotoran, dan kenyal .
♥ menghilangkan bekas jerawat dan jerawat .
♥ Berfungsi menanggalkan bekas make up pada wajah .
♥ Berfungsi mencerahkan ketiak hitam, celah-celah paha dan lutut, serta siku hitam .
♥ Aman untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering dan kulit sensitif .
♥ Dapat digunakan untuk kulit wajah dan tubuh .
♥ Dapat menghilangkan Bau Badan .
.
Fungsi untuk kulit wajah: .
♥ Khasiat susu dan beras membuatkan kulit muka Anda lebih cerah dan lembut .
♥ Menghilangkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati .
♥ Membantu menghilangkan jerawat & kulit berminyak .
♥ Bisa digunakan sebagai pencuci muka untuk membersihkan make up pada kulit wajah .
.
Fungsi untuk kulit tubuh: .
♥ Menghilangkan bekas hitam di ketiak, siku dan selangkangan paha, dll. .
♥ Memberi kesegaran sepanjang hari .
♥ Menghilangkan bau badan .
.
Cara Penggunaan: .
Gosok seperti pencuci muka dan sabun badan selama 2-3 menit kemudian bilas. .
Gunakan pada muka & badan setiap hari untuk hasil yang memuaskan. .
Bahan Aktif: Susu Rice Extract, Vitamin B3, Vitamin E, minyak zaitun, Minyak Sawit, Gliserin Alam,Mutiara. .