Tuesday, November 13, 2012

Khasiat buah naga dan buah kiwi


Buah kiwi dan buah naga ni banyak khasiatnya..rasa rugi plk kalau tak makan.. Ada jugak produk  kecantikan berasaskan buha naga skrg taw , Chommell pun ad beli !! hew hew hew ~~

Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.
Buah kiwi merupakan pilihan diet yang mudah dan amat sesuai bagi kanak-kanak serta orang dewasa.
Anda hanya memerlukan sebiji kiwi segar, potong kepada dua bahagian dan gunakan sudu untuk mencedok isinya..Buah kiwi amat sesuai dijadikan amalan diet harian sejak dari usia kanak-kanak lagi memandangkan mereka kini sangat terdedah kepada makanan berproses.
Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah memadai untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema, demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi buah kiwi yang dijadikan puri atau dilenyek halus.Dengan pengambilan buah kiwi setiap hari  kita tidak perlu lagi bergantung kepada suplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.
-Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah
-vitamin B1 (mencegah demam badan); vitamin B2 (menambah selera)
-vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol)
-vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat)
-mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesehatan jantung
-serat (mencegah kanker usus, kencing manis dan diet)
-karotin (kesehatan mata, menguatkan otak dan mencegah masuknya penyakit)
-kalsium (menguatkan tulang). baik
-untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
 -bertindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
-Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah
-Cegah kanser usus
-Cegah kandungan kolesterol tinggi
-Turunkan kadar lemak
Sumber : busuk.org

No comments: