Saturday, November 20, 2010

Testimoni : CBS ENERGY

DIATAS KEADAAN KULIT TANGAN SAYA SEBELUM MENGGUNAKAN CBS ENERGY


DIATAS KEADAAN KULIT TANGAN SAYA SELEPAS SEMINGGU MENGGUNAKAN CBS ENERGY.PERUBAHAN YANG AMAT KETARA,TIADA BINTIK MERAH LAGI DAN TIDAK GATAL-GATAL.

Salam Ukhwah buat semua,
Saya telah mengalami sakit kulit selama hampir 3 tahun dan boleh diibaratkan sebagai sakit misteri kerana telah pergi berubat hampir kebanyakan klinik pakar kulit dan juga hospital,tetapi tiada penyembuhan yang benar-benar ketara dan menghilangkan serta mencantikkan kembali kulit saya,Sebaik sahaja habis ubat sakit kulit akan menyerang kembali terutama di bahagian yang terdedah kepada matahari iaitu lengan di kedua belah serta didahi.

Penyakit kulit saya berupa kemerahan pada kulit lengan kiri dan kanan serta ada juga di kedua belah kaki.Ada juga kadang-kadang di dahi yang berupa seperti jerawat nasi tapi kemerahan dan pedih jika berpeluh atau kepanasan matahari.Waktu mandi amat menyiksakan keran titisan air sejuk menyakitkan kulit-kulit yang terkoyak akibat tergaru keran kegatalan.Allah sahaja yang tahu nikmat kesakitan ini.

Hasil analisis doktor di Klinik Pakar Kulit Hospital Selayang, saya dikatakan alahan kepada matahari dan saya dibekalkan dengan ubatan yang berkaitan.Saya telah mencuba ubatan hospital yang dibekalkan dan juga mencuba berpantang makanan laut yang gatal-gatal serta menghindari dari kepanasan matahari.Akan tetapi hanya terdapat sedikit pemulihan pada kulit saya. Kulit saya masih lagi berbintik-bintik dan kemerahan dan gatal-gatal apabila berpeluh.

Saya telah mencuba pelbagai ubatan herba dari pelbagai sumber dan malangnya tiada yang berkesan sepenuhnya untuk memulihkan keadaan kulit saya.Seterusnya saya hanya berdoa dan berdoa agar dipertemukan jodoh kepada sakit saya ini dengan mengamalkan surah Shifa dan juga mendengar bacaan yasin dengan agak kerap.

Alhamdulillah,satu hari saya mendapat panggilan telefon dari seorang Professor yang juga Dr pakar Holistik yang berwibawa mentafsir akan segala penyakit dalaman manusia.Kebetulan sebenarnya kerana beliau ingin memperbaiki notebook beliau yang terkena virus dan juga laptop anak beliau.Saya pergi ke rumah beliau yang juga menjadi "Home Office" atau dalam istilah sekarang SOHO untuk memperbaiki notebook beliau.

Setelah usai segala kerja-kerja tersebut saya telah di syorkan oleh Prof.Dr Ahmad Sabri supaya menggunakan CBS secara semburan pada kedua lengan saya 3 kali sehari dan juga semburan ke mulut selepas bangun tidur dan selepas makan.Segala nasihat beliau saya ikuti dan Alhamdulillah setelah 3 hari kulit saya yang kemerahan dan berbintik-bintik beransur baik dan tidak lagi gatal-gatal.

Alhamdulillah,penyakit gatal-gatal kulit saya beransur kurang dan bertambah baik dari sehari ke sehari.Selain itu penyakit astma saya juga secara otomatis berkurangan dan saya sudah tidak menggunakan semburan gas ke mulut lagi.Allah telah menunjukkan hikmatnya dengan memberikan saya kesakaitan dan penyembuhan sekaligus.Maha Suci Allah..Syukur..Alhamdulillah.

Saya akan terus menggunakan CBS Energy ini kerana kebaikan dan tenaga dalaman yang teruji keberkesanannya dan kini telah menjadi pengedar kepada Sabjack Resources.Terima Kasih Prof.Dr Ahmad Sabri,usaha mu ku sanjung tinggi dan hanya Allah mampu membalasnya.

Wassallam.

No comments: