Wednesday, October 31, 2012

Petua orang tua-tua


Petua Demam Panas & Sawan Tarik

Tanda-tanda demam panas 

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je... sebab badan tak selesa...

Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.



Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah? 

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.


Ingat, waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih.....

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.





Bayi Berbau Segar

Sekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah diangkat dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang bertutup rapat untuk dimakan pada masa berikutnya..

Urat Betis Timbul

Bagi ibu-ibu yang merungut kerana timbul urat betis semasa melahirkan anak bolehlah mencuba dengan merebus segenggam kacang hijau (jangan bubuh apa-apa kecuali air hingga mendidih tetapi jangan sampai kacang itu pecah. Biarkan hingga air tinggal satu gelas. Kemudian angkat dari api itu. Biarkan dingin. Minumlah setiap pagi dan sebelum tidur malam. Sebelum tidur setiap malam angkatlah kedua kaki anda setinggi boleh menggunakan bantal atau apa-apa bantuan lebih kurang 10 minit. InsyaAllah.
Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campak dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndam semalaman, ditumbuk atau dikisar halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).

Buang Air Besar Berdarah 2

Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah penyakit anda akan sembuh.

Ruam Panas

Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan biar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam bekas mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya..

Demam Kuning,

Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.

Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan ia suam terlebih dahulu..

Bengkak Kaki Kerana Hamil

Satu cara mengatasinya ialah campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukanlah pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawatlah tiga kali. Seelok-eloknya disapu waktu hendak tidur. Insya Allah lihatlah hasilnya..

Ubat Semput

Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (is mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.

Terseliuh dan Lebam

Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air. Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuh bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya pula sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di bahagian terseliah dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.

Kurangkan Panas di Kepala

Ambilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan dengan air sejuk semalaman. "Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan rasa kesejukan air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.

Kuatkan Gigi

Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.

Kudis Api

Ambil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan ramuan itu pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang. Cubalah untuk memastikan kejayaannya.

Rawat Tunit Pecah

Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.

Demam Selsema

Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.

Kelemumur

Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.

Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampoo. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.

Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang.

Lemah Badan

Ambikan daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu. Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula.

Buang Air Besar Berdarah

Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.

Mata Merah dan Gatal

Ambilkan tiga helai daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Setelah air rebusan menjadi panas suam, tuangkan ke dalam piring lalu rendamkan mata anda ke dalam piring itu. Insya Allah, mata anda akan pulih seperti sediakala.

Batuk Berpanjangan

Ambil sebiji bawang merah dan dilumatkan. Setelah itu campurkan dengan satu sudu madu. Minumlah tiga kali sehari. Selamat mencuba, semoga batuk anda segera sembuh.

Kulit Muka Kering

Untuk mengatasi tompok-tompok putih di kulit muka akibat cuaca panas ialah dengan membersihkan muka dengan air panas suam. Setelah itu sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi panas suam pada kulit muka dengan menggunakan jari tangan. Picitlah perlahan-lahan supaya meresap dan biarkan lebih kurang setengah jam. Kemudian bersihkan dengan air panas suam dan bilas pula dengan air. Amalkanlah selalu.

Badan Berbau

Masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan memakan daun temangi sebagai ulam dan hasilnya bau badan akan hilang.

Kuku Bernanah

Bersihkanlah terlebih dahulu kuku tersebut dengan air panas suam yang sudah dicampur sedikit garam. Kemudian sediakan satu sudu cuka makan lalu disiramkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulangkali selama seminggu. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya..

Sakit Gigi

Sediakan ibu (garam kasar), daun senduduk dan enam keping asam keping. Semua bahan ini direbus dengan lima cawan air hingga menjadi dua cawan. Setelah itu berkumurlah dengan air rebusan ini.

Sawan Di Kepala

Sekiranya bayi yang berusia sebulan ke atas mengalami kulit kepala berkudis serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ambil tiga helai daun pandan, tiga helai daun serai dan sedikit air. Bahan-bahan ini direbus hingga asam gelugur menjadi kembang. Setelah air panas suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala. Lakukan setiap kali memandikan si bayi.

Jerawat

Bilaslah dahulu muka anda dengan air bersih lalu kemudian bilas pula dengan air kelapa 1 - 2 kali. Kemudian bilas lagi dengan air bersih. Lakukan dalam beberapa hari. Insya Allah, anda akan bebas dari jerawat.

Sakit Perut

Ambikan dua genggam buah enau, sedikit gula dan satu gelas air untuk merebusnya. Buah enau tadi dikupas kulitnya dan direbus hingga masak. Makanlah rebusan buah itu secara teratur selama beberapa hari. Anda akan mendapat manfaatnya.

Sakit Perut

Ambikan dua genggam buah enau, sedikit gula dan satu gelas air untuk merebusnya. Buah enau tadi dikupas kulitnya dan direbus hingga masak. Makanlah rebusan buah itu secara teratur selama beberapa hari. Anda akan mendapat manfaatnya.

Luka

Ambillah lebih kurang sepuluh helai daun jambu batu dan basuh hingga bersih. Kemudian dikeringkan dengan menggunakan kain bersih. Layurkan daun jambu batu itu di api hingga kering dan rapuh. Selepas itu ditumbuk atau dilumatkan hingga menjadi serbuk. Letakkan serbuk daun jambu batu ini pada luka tersebut.
Bayi menderita penyakit kulit (ruam radang kulit) mesti dijauhkan dari binatang peliharaan, gebar, permaidani, boneka atau mainan yang dibuat dari bahan bulu. Begitu juga dengan bulu dan debu yang melekat pada pakaian.

Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air limah cokelat dan ikan. Mintalah nasihat doktor pakar makanan bayi.

Jangan memandikan bayi dengan sabun. Sebaliknya mandikan bayi selama 30 minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu tepung jagung ke dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga larut, dengan ini akan menghaluskan kulit bayi. Air basuhan beras yang bersih juga boleh diguna untuk mencantikkan kulit bayi.

Bilas bersih-bersih napkin dan pakaian bayi setelah dibasuh dengan sabun mandi, elakkan membasuh pakaian bayi dengan sabun serbuk. Seeloknya gunakan sabun khas untuk memcuci pakaian bayi.

Untuk membersih kulit bayi, gunakan krim khas pembersih kulit bayi sebagai pengganti sabun. Setelah dibersihkan, sapu badan bayi dengan air mawar atau ubat sapu hidrofilik petrolatum yang boleh didapati di farmasi.

Dalam keadaan ruam yang parah atau ruam yang datang semula. Gunakan ubat sapu kortikosteroid, setelah mendapat nasihat atau petunjuk dari doktor..

Sebaiknya, dapatkan nasihat farmasist..

Tawarkan Bisa Kala Jengking

Ambil cili api yang sudah ditumbuk halus, campurkan dengan sedikit minyak dan tampalkan pada tempat yang terkena sengat itu. Balutkan dengan kain bersih. Pada mulanya memang tiada terasa apa-apa kecuali rasa panas. Tetapi selepas 5 minit, rasa sakit akan berkurangan. Biarkan lebih kurang 15 minit dan rasa sakit akan hilang terus.

Hilangkan Jerawat

Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, dicuci hingga bersih. Kemudian tumbuklah daun tadi hingga lumat. Ambil daun yang sudah ditumbuk tadi dan sapulah pada muka yang berjerawar. Lakukan ini terus menerus hingga jerawat betul-betul hilang. InsyaAllah, selamat mencuba.

Rambut Jarang

Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat.

Batuk

Ambil sebiji pisang embun yang masak. Belah menjadi dua bahagian, di tengahnya ditabur ragi yang telah dijadikan serbuk anggaran setengah sudu teh, tutup dan bakarlah hingga pisang setengah masak. Makanlah pisang bakar ini sebelum masuk tidur. Lakukan selama tiga malam berturut-turut. Insya Allah batuk anda akan beransur hilang.

Lebat dan Cantikkan Rambut

Terutama bagi wanita cubalah petua ini kerana rambut adalah sebahagian dari mahkota wanita. Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul batang pisang ini. Keesaokkan harinya lubang tunggul itu akan dipenuhi air yang amat sejuk. Sapukan air tersebut ke kepala anda setiap hari. InsyaAllah dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan menjadi sihat dan berseri.

Jarakkan Kelahiran

Ambil segenggam halba, sedikit halia bara (sebesar ibu jari tangan) di rebus bersama lima gelas air atau lebih (bergantung sama ada ingin air pekat atau cair) Pastikan halba tadi direbus hingga kembang. Setelah air halba sejuk (suak-suam kuku) bolehlah dibuat minuman dua kali sehari (pagi dan malam). Selain menjarangkan anak, air rebusan ini juga berkhasiat untuk perjalanan darah dan menyembuhkan penyakit lenguh-lenguh sendi.

Hilangkan Ruam

Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudian saputkan minyak zaitun, baby oil atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada setiap kali selepas mandi. Selain itu, jgn biarkan anak anda memakai lampin pakai buang dalam tempoh lama kerana ia antara faktor tumbuh ruam.

Muntah

Muntah biasanya terjadi kerana salah makan atau pada peringkat permulaan mengandung. Untuk mengatasinya buah pelaga ditumbuk halus dan dicampurkan air panas. Kemudian minum. Insya Allah.

Lelah

Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh . Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika di tapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya. Insya Allah..

Hidup Sihat dan Awet Muda

Sewaktu usia semakin memanjat tinggi, perubahan fizikal semakin ketara. Kedutan di wajah, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, tubuh badan semakin membongkok, dan kekuatan fizikal yang terhad. Keadaan ini membuat anda takut untuk menghadapi masa tua.

Setiap orang akan menghadapi masa tua jika umurnya panjang. Sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang, 'sediakan payung sebelum hujan'. Proses ketuaan setiap orang itu berbeza. Ia bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan.

Kini terdapat pelbagal rawatan kecantikan, perubatan moden mahupun tradisional yang menawarkan wajah kekal cantik biarpun sudah dimamah usia. Di samping itu, banyak panduan diberikan untuk tampil sihat dan cergas. Ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk kelihatan cantik, sihat dan cergas.

Ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan dirinya nampak lebih tua, seperti mengambil minuman keras, merokok, pengambilan makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan, dan mempunyal sikap negatif. Manakala individu bersikap positif dan mempunyai psikologi yang sihat dapat melambatkan proses penuaan.




No comments: