Monday, November 22, 2010

Cell Booster Spray Energy (Garam mineral kristal)


Cell Booster Spray(CBS energy)

Cell booster spray adalah formula gabungan antara alam, sains dan Islam. Garam kristal yang digunakan adalah dari garam kristal( Original Himalayan Crystal Salt ). Yang sudah berusia ribuan juta tahun dan di import melalui Kementerian Kesihatan dan Makanan Pakistan.

Kajian selama 5 tahun dibuat oleh 2 Professor seorang dari German MR Peter Ferreira iaitu Pengarah Institute For Biophysical Research yang mewakili negara German yang mewakili negara German, Switzerland, Austria dan Amerika Syarikat. Dan Dr. Med Barbara Hendel dari Amerika yang membuat kajian khusus tentang air dan garam kristal.

( Rujukan : Salt & Water The Essence Of Life).

Hasil Kajian mendapati bahawa Garam Kristal Asli yang dilarutkan dalam air yang bermutu dan tinggi phnya akan menghasilkan 1001 PENAWAR (Booster) untuk membantu menyembuhkan pelbagai penyakit berpunca dari masalah penghadzaman(digestion).

Semasa perang Dunia Kedua, Garam Kristal ini dianggap seperti Emas Putih.

Ujian telah dibuat keatas ribuan pengguna sejak tahun 1996 terbukti larutan kristal ini amat berkesan.

Bagi meningkatkan keberkesanannya membantu merawat dan menyihatkan kesihatan manusia serta kehidupan, kaedah Islam diperkenalkan dengan memasukkan bacaan ayat-ayat suci (syifa), selawat, doa dan solat hajat kedalam ketulan Kristal (dalam hukum fizik dipanggil pemindahan tenaga ).

Ketulan Kristal ini kemudian dilarutkan dalam air Zam Zam 100% (kehebatan air Zam Zam tidak dapat dinafikan lagi seperti sabda Rasulullah yang bermaksud. “Sebaik baik air atas muka bumi adalah air Zam Zam, ianya mengenyangkan dan menyembuhkan penyakit” dari Sahih Al Bukhari dan Muslim).

Dengan gabungan 3 kaedah ini ternyata perbagai testimoni diperolehi dari pengguna tentang kemujarabannya.( dengan izin Allah swt).

Cell Booster Spray juga membantu merawat penyakit Rohani (SIHIR)serta makhluk halus (iblis dan Syaitan) dengan cara menyembur terus kepada muka pesakit.

Untuk penyembuhan penyakit haruslah dirawat Rohani dan Jasmani.( Physical and Spiritual)

Dalam sains Kesihatan CBS merawat sistem kelenjar Thyroid dan metabolisma tubuh badan manusia ( rujukan : Medical Encylopedia by Reader Digest)

KANDUNGAN UTAMA CBS ENERGY:

1. Air Zam Zam

2. Garam Kristal.

3. 7 Aroma Bunga.

4. Kristal ENERGY

5. Doa Syifa

CARA PENGAMBILAN YANG BERKESAN :

(Goncang sebelum semburan)

1.Pagi:

Bangun tidur sebelum cuci mulut semburkan 1 – 3 semburan CBS Energy kedalam mulut, ambil segelas air sejuk kumur dan telan. Kaedah ini meneutralkan gas masam dan membersihkan toksik dalam perut anda melalui kombinasi baktiria baik dalam air liur basi (hydrolize asid).

2.Gangguan :

Jika anak-anak, Bayi yang sering menangis, selalu tidur diganggu, CBS Energy dapat membantu.

Bayi : Sembur CBS Energy ke dahi bayi yang menangis tersebut.

Anak-anak selalu diganggu semasa tidur seperti dikatakan ditindih, ditekan dan sebagainya, sembur CBS Energy di muka dan di sekitar tempat tidur.

3. Menyahkan Asidik:

1 Semburan CBS Energy sebelum dan sesudah makan.

Jika anda seorang pengidap sakit gout yang tidak boleh memakan hasil laut, 1 semburan sebelum anda makan hasil laut dan 1 semburan selepas habis makan.

4. Menghilangkan rasa sakit:

Sembur CBS Energy ditempat yang sakit.

Contoh anda mendapat sakit gigi diwaktu malam, sembur kedalam mulut ditempat yang rasa sakit.

Contoh anda mendapat masalah cirt birit, 1 semburan ke arah pusat.

5. Kawalan Hormon:

1 Semburan kedalam mulut anak-anak anda setiap hari dengan niat untuk elak mereka dari gejala murtad dan hyper yang tak terkawal.

(barakah air Zam Zam).

6.Mengantuk.

3 Semburan CBS Energy ke arah muka, jika rasa mengantuk semasa memandu, semasa belajar atau semasa mendengar kuliah.

7.Tenaga:

1 semburan CBS Energy kedalam mulut utuk mendapat tenaga segera, Anda akan berasa sangat bertenaga, tidak letih. Anda akan lebih bertenaga semasa melakukan aktiviti sex bersama Isteri.

8. DOA.

Setiap semburan anda mesti di ikuti dengan doa anda sendiri, ini akan mendapat lebih khasiat nya.

Kebanyakkan makanan di alaf baru ini penuh dengan keracunan, ANDA tidak dapat mengelakkannya. Semburan CBS dapat membantu ANDA mengurangkan keracunan dimasa kini.

Cukup berkesan untuk pesakit :
1-GOUT
2-Alahan
3-Resdung
4-Asthma
5-Gastrik
6-GANGGUAN ATAU RASUKKAN

Lawati blog pencipta produk ini di sini..


ARTIKEL : Garam mineral kristal

Ramai yang tidak tahu bahawa garam kristal terbentuk secara semula jadi sekitar beratus tahun dahulu mempunyai fungsi yang baik terhadap kesihatan. Khasiat garam kristal yang hanya diperoleh di kawasan berbukit sekitar Asia dan Eropah ini dikatakan mampu memulihkan pelbagai penyakit selain menjadi bahan kecantikan alternatif dekad ini.


Kristal garam yang bergetar pada 8.7 hertz ini kaya dengan tenaga bio. Garam ini diperoleh secara manual tanpa menggunakan bahan letupan bagi mengekalkan kualiti dan keaslian bio fizikalnya. Mineral dan zat galian dalam garam kristal ini berbentuk ion yang memudahkan proses serapan mineral dalam tubuh individu.

Terdapat 84 jenis mineral dan zat galian dalam Garam Galian Kristal Pure Living dalam bentuk yang seimbang untuk keperluan tubuh kita. Kristal Garam Galian Pure Living mudah diserap oleh sel dalam tubuh kita. Kandungan mineral dan zat galian ini hampir sama dengan kandungan yang terdapat dalam air Zamzam.


Dari segi saintifik, garam kristal mempunyai sifat yang unik dimana struktur atomic garam kristal adalah dalam bentuk tenaga elektrik bukan molekul dan mudah berubah. Apabila kita rendamkan sebiji kristal kuarza (quartz) dalam air, ia akan mengeluarkan tenaga yang diserap ke dalam air tetapi kristalnya akan kekal dalam bentuk molekul dan tidak larut.


Tetapi apabila kita masukkan kristal garam kedalam air, ia akan larut dan membentuk sole (so-lay) yang dari sifatnya bukan air dan bukan garam tetapi satu dimensi tenaga yang lebih tinggi kerana jika sole diwapkan, kristal garam ini akan terbentuk semula. Semua makanan lain perlu diubah sifatnya sebelum ia dapat diserap oleh tubuh manusia seperti kanji kepada gula, protin kepada asid amino dan lemak kepada glycerin tetapi garam tetap garam dan sole dalam bentuk ionis akan diserap oleh sel-sel terus dan ia juga boleh diserap terus oleh otak manusia.


Berkesan menghalang dan menyembuhkan penyakit - penyakit seperti berikut:

  • Letih dan mengantuk
  • Memudahkan pembuangan air kecil dan besar
  • Jerawat dan resdung
  • Rambut gugur
  • Sakit kepala atau migrain
  • Angin
  • Membuang toksin dalam badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Melapangkan saluran pernafasan
  • Penyakit kulit, alahan atau kulat
  • Tekanan darah tinggi / rendah
  • Kencing manis
  • Sendi / gout / lenguh badan
  • Menghilangkan bau badan dan kaki
  • Meningkatkan kecerdasan otak
  • Meningkatkan kecerdasan badan


Ternyata garam bukan sebagai penyedap makanan saja. Ia termasuk salah satu zat mineral yang berguna buat kecantikan dan kesihatan. Misalnya, garam kristal yang diperolehi dari rantau Himalaya dipercayai membantu ke arah kesihatan optimum. Daripada 84 elemen galian yang terdapat dalam tubuh badan manusia, 72 dipercayai bahan paling penting diet yang sihat dan garam galian kristal mengandungi semua elemen galian tersebut.

Semua galian itu adalah kristal matrik yang sempurna dan bersifat bentuk yang terakhir (caj elektrik ). Menurut seorang saintis dan pemenang dua anugerah Nobel, setiap gejala dan penyakit berpunca daripada masalah ketidakseimbangan atau kekurangan zat mineral dalam tubuh.

Kita memperoleh bekalan zat-zat mineral daripada pemakanan antaranya bijiran, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Satu lagi kajian tentang zat mineral dan tumbuh-tumbuhan oleh Universiti Rutgers, New Jersey mendapati bahawa tanah pertanian yang telah diulang tanam berkali-kali telah ketandusan zat-zat mineral bagi tanaman yang kemudian.

Oleh itu, kebanyakan bijiran, sayur-sayuran dan buah-buahan kini tidak berupaya membekalkan semua zat mineral yang diperlukan tubuh.

Garam biasa berbeza dengan garam kristal. Garam biasa atau natrium klorida meningkatkan tekanan darah berbanding garam kristal tulen dan semula jadi. Menurut pengasas Kristal Garam Himalaya, Borhan Sharif, garam ini mengandungi 84 elemen galian terpenting. Antaranya klorida yang boleh digunakan oleh badan untuk membuat asid hidroklorik iaitu bahan penting bagi penghadaman.

Oleh itu, sedikit garam diambil sebelum makan dapat mencukupkan asid hidroklorik dalam perut sebelum makanan baru masuk dalam perut.

Perlu diketahui bahawa kesan berbahaya akibat terlalu banyak makan garam itu adalah kerana paras sodium naik tinggi bukannya paras klorida. Bahkan orang yang langsung tidak makan garam mungkin mendapat penyakit akibat kekurangan asid hidroklorik dalam badannya.

Sementara itu, garam kristal dari Himalaya telah menjalani kajian saintifik dan ujian klinikal seperti yang tercatat dalam buku Water and Salt The Essence of Life oleh Dr. Barbara Hendel dan Peter Fereira. Ia telah digunakan dalam satu kajian untuk memastikan keberkesanannya dalam membantu kita kembali sihat atau mengekalkan kesihatan. Kajian ini dijalankan di Universiti Graz, Austria pada tahun 2001.

No comments: