Monday, November 22, 2010

Lampu Kristal Garam Bukit


LAMPU KRISTAL GARAM BUKIT

TERAPI SEMULAJADI......


~Lampu garam bertindak sebagai ionizer semulajadi.
~Kebanyakan suasana hidup dan berkerja dalam tempat yang dikelilingi oleh alat-alat yang mengeluarkan ion-ionpositif yang berlebihan ke dalam udara seperti TV,printer,komputer,microwave,penyaman udara dan sebagainya.
~Dari sudut kesihatan,menyedut berlebihan ion positif bolehmenyebabkan gangguan mental dan fizikal.
~Lampu garam ini sangat sesuai digunakan dimana-mana ruang dalam rumah,ruang tidur atau pejabat (jika dibenarkan) untuk mengurangkan kesan-kesan radiasi

~Lampu garam ini jauhlebih baik daripada mana-mana ionizer sebab ianya tidakmengeluarkan bunyi bising dan tidak mengakibatkan ozone yang tidak baik.

Fungsi lampu garam bukit:-
> Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara
> Mengurangkan pencemaran udara
> Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma
> Menyembuhkan luka akibat terbakar
> Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah
> Mengurangkan perasaan cemas dan berdebar-debar
> Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
> Melegakan resdung,migrain,pening,selsema & demam
> Meningkatkan produktiviti kerja dan kosentrasi.
>Mengurangkan insomia
****sumber dipinjam dr forum eKPkM

Lampu Garam Bukit

Ia adalah sebuah lampu yang diperbuat dari garam bukit.
Fungsi lampu ini:
- Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara.
- Megurangkan pencemaran udara
- Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma
- Menyembuhkan luka akibat terbakar
- Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria
- Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah
- Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita
- Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema
- Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosentrasi
- Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
- Mengurangkan perasaan cemas/bedebar-debar
- Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah


Artikel : Rahsia Garam
*Di dunia ini unsur atom yang paling banyak kegunaannya ialah garam. Pada suatu ketika dahulu, garam adalah suatu bahan yang amat bernilai. Garam dijadikan barang pertukaran untuk mendapatkan barangan lain.

*Dari segi sains fizik, garam mempunyai getaran dalam nada frekuensi yang amat langsing, tinggi dan halus. Warna biru dalam hukum fizik mengeluarkan nada atau bunyi-bunyian. Garam mempunyai tekanan yang tinggi dan ada juga mempunyai tekanan yang rendah dan ini boleh memudaratkan mereka yang mempunyai penyakit yang sedia ada.

Garam yang mempunyai nilai potassium yang amat tinggi seperti garam bukit yang amat masin dan digemari binatang-binatang di dalam hutan terbukti amat baik untuk amat kesihatan. Garam rendah seperti sodium pula dapat meneutralkan asid dan gas dalam badan. Laut mati yang amat masin mempunyai fungsi yang sama.

*Orang-orang tua zaman dahulu menggunakan garam sebagai petua menghalau unsur-unsur tekanan darah dalam julat frekuensi yang besar dan perlahan serta panas sebelum memasuki rumah kosong atau rumah baru yang telah lama tidak diduduki. Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam frekuensi bunyi garam.

Garam sebenarnya dijadikan sebagai peneutral kepada bahan-bahan yang berasid. As-Sunnah atau amalan Nabi S.W dan orang-orang tua mempraktikkan secubit garam ke dalam lidah sebelum dan selepas makan untuk memastikan bahan-bahan pemakanan yang rendah frekuensinya menjadi lebih tinggi. Rasa atau zat makanan akan dapat dimaksimumkan kerana enzim di dalam perut turut meningkat dengan keperluan sistem penghadaman.

*Dari itu kita dapat mengelakkan daripada beberapa penyakit seperti gastrik yang disebabkan oleh asid amino yang berlebihan. Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap.

Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.

Perakam Tenaga Bunyi Manusia sememangnya secara semulajadi mempunyai frekuensi bunyi yang amat berbeza di dalam tubuh. Oleh itu, tubuh perlu melakukan amalan ini. Belum ada fakta saintifik yang rasmi mengatakan garam adalah penyebab tekanan darah tinggi dan punca segala penyakit berjangkit. Tetepi valensi atau gabungan antara garam dan pemakanan masam akan membantu keasidan dan keraacunan yang menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak diperlukan di dalam usus. Garam sebenarnya amat berfaedah kepada manusia.

*Hukum fizik meletakkan garam sebagai perakam tenaga bunyi yang dirakam pada kristal dan tulang belulang di dalam tubuh. Tulang sulbi manusia yang terletak di bahagian pinggul juga adalah satu kristal yang akan merangsang deria seksual.

Garam adalah pemangkin atau penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah. Garam akan melunturkan atau meleraikan kekotoran dan ia amat berkesan di dalam kuasa pembersih yang amat penting di zaman ini. Garam mempunyai kuasa peluntur yang mesra alam atau dapat diterima semula untuk menyuburkan tanah.

*Garam dalam konsep mandian seperti di Laut Mati sebenarnya adalah teori pemendapan basah. Semua radiasi yang berada dalam tubuh manusia akan terlerai dan terserap ke dalam air serta dirakam di dalam bumi atau tanah. Seumpama buah oren yang masam atau buah yang mengandungi vitamin C berlebihan akan dapat dineutralkan asidnya jika direndam ke dalam ais yang bergaram.

Anda yang berpenyakit sepatutnya berendam di dalam air garam yang mempunyai ais dengan rakaman tenaga getaran ros putih sebagai pemangkin untuk merangsang kelajuan sistem saraf bagi membolehkan pergerakan elektron dan proton di dalam dan luar tubuh manusia.

Anda pasti merasa segar di samping memiliki kulit yang halus serta tulang yang kuat. Perut yang berasid akan membuatkan sistem otot, tulang dan saraf teroksid dan ini akan membuatkan si pesakit menjadi kejang, lengoh, kebas, sengal-sengal, bisa-bisa tulang dan sebagainya. Keadaan ini akan mengganggu tidur dan konsentrasi. Jika ini berterusan, pesakit akan menghadapi tekanan fikiran yang menjadi penyebab kepada tekanan darah.

Jika dibuat perbandingan dalam apa juga sudut semulajadi mengenai lautan, Laut Mati merupakan sebuah tasik yang amat berbeza dengan mana-mana lautan yang ada di muka bumi ini. Dari sudut sains fizik di bahagian dasarnya mempunyai tekanan yang paling tinggi manakala pada bahagian atas permukaannya pula mempunyai tekanan yang rendah. Pergerakan ke atas berlaku pada kadar yang amat kuat dan ini tidak membenarkan tarikan graviti berlaku secara biasa.

Ini menyedarkan kita tentang reaksi air dalam mengeluarkan kawasan angin dalam lingkungan yang lain untuk mempertahankan bumi ini. Tubuh atau bumi mempunyai frekuensi bunyi yang berbagai-bagai tetapi apabila tidak dialirkan daengan ais sebagai penstabil maka ia tidak subur apatah lagi manusia semakin hari semakin tidak sihat.

Adalah memeranjatkan bilamana di dapati bahagian dasarnya mempunyai kandungan garam yang masin sehingga tidak membenarkan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan melakukan fotosintesis bagi mengeluarkan oksigen. Bahagian dasarnya lebih sejuk dengan warna biru kehitaman, walaupun ia tidak sedalam seperti di mana-mana lautan. Frekuensi bunyi dalam julat di bawah 20Hz membuatkan bahagian dasarnya menjadi lebih stabil.

Orang yang berpenyakit sebenarnya mempunyai banyak kandungan asid dan gas di dalam badannya. Di dalam keadaan yang tidak stabil ini bahagian perut akan mengalami suhu yang tinggi dengan tekanan yang rendah. Sesuatu objek atau bahantara mendadak akibat daripada pembiakan bakteria yang berlebihan mengeluarkan gas lengai. Faktor yang membuatkan tubuh hilang kekuatan, graviti atau keseimbangan yang sepatutnya berada pada tenaga asli yang sebenarnya.

Amalan merasa secubit garam sebelum dan sesudah makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan di pam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang. Berendam dengan air garam akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan sistem darah. Kadar pengoksidan di dalam darah juga akan menjadi tidak seimbang dan ini akan mendedahkan tubuh kepada pelbagai tekanan. Manfaat mandian cara ini akan menjimatkan perbelanjaan daripada pemakanan kesihatan 0.4 mg asid folik, 2 mg vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin B yang lain serta vitamin B Kompleks. Teori fizik membuat kesimpulan bahawa apabila kita berada di permukaan Laut Mati maka tubuh dengan reseptor kulit akan menyerap dan merakamkan semula suhu dan tekanan di dalam tubuh pada tahap asal.

Ini bermakna tubuh yang dipenuhi racun dan bahan kimia hasil daripada pembiakan bakteria yang mengeluarkan asid berlebihan sehingga terbentuk gas-gas yang menyerap oksigen akan mendapat tenaga semulajadi yang asli. Orang yang berpenyakit lebih sensitif untuk merasai berbezaan semasa melakukan aktiviti terapung di atas permukaan Laut Mati.

Suatu hari nanti Semenanjung Arab akan menjadi kawasan yang amat subur hasil gerakan ais dari utara menuju Laut Mati dan Laut Mediteranean serta hasil julatnya atau garam dan ais inilah kesuburan tanah persekitarannya akan terjadi secara luar biasa. Rahsia ais dalam mengeluarkan kawasan kuasa angin dalam frekkuensi bunyi yang berbagai-bagai, tetapi apabila tidak dipertenagakan dengan pertemuan ais dan garam maka tanah tidak menjadi subur apatah lagi manusia yang semakin tua dan uzur.

*Rahsia garam bukit Rock Salt ataupun dikenali sebagai Garam Bukit hanya boleh didapati di kawasan Asia dan Eropah. Ianya bukit garam batu yang terbentuk secara semulajadi kira-kira 256 juta tahun dahulu. Penyelidikan saintifik dan empirik telah membuktikan bahawa lampu garam bukit mempunyai elemen biofizikal yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup kita melalui tiga proses iatu: 1. Penghasilan ion negatif secara semulajadi 2. Peneutralan dan pengimbangan frekuensi elektromagnetik 3. Terapi cahaya berwarna (600-700 nanometer)

*Secara biomia dan biofizikal pula lampu Garam Bukit membantu mengimbang dan meneutralkan fungsi badan kita kepada ritma getaran tenaga semulajadi. Tahukah anda bahawa penggunaan alat perkakasan elektrik seharian seperti komputer, televisyen, radio, penyaman udara serta asap rokok boleh menjejaskan tahap kualiti udara di persekitaran anda. lebihan ion positif yang dihasilkan tekah menyebabkan kekurangan dan ketidakseimbangan yang mengganggu kualiti udara segar. Ia juga menjejaskan kesihatan secara fizikal dan emosi.

Untuk mengembalikan kesimbangan ion negatif yang amat penting untuk kesihatan, kita perlu mempertingkatkan kualiti udara seperti di kawasan pergunungan dan air terjun yang telah kita sedia maklum tentang kesegaran udaranya. Lampu Garam Bukit merupakan satu langkah alternatif untuk membersihkan udara pada masa kini. Penggunaannya telah begitu meluas di seluruh dunia.

Apa itu Ion Negatif?

Berbilion-bilion ion negatif dihasilkan secara semulajadi melalui angin, cahaya matahari, air terjun, hujan ribut dan buih ombak. Tempat-tempat ini membekalkan udara yang sungguh menyegarkan untuk kebaikan kita. Secara amnya satu ion negatif adalah molekul oksigen yang dicajkan secara elektronik. Ion positif dalam udara adalah molekul yang telah kehilangan elektronnya melalui proses pencemaran udara.

Dr Albert P. Krueger, seorang ahli mikrobiologi dan ahli patologi ujikaji di Universiti California, mendapati bahawa kuantiti Ion Negatif yang kecil boleh membunuh dan menyingkir bakteria dalam udara dengan cepat. dengan itu ia dapat mengurangkan kemungkinan jangkitan kepada orang.

Kajian saintifik menunjukkan Lampu Garam Bukit boleh meningkatkan Ion Negatif (vitamin udara) sehingga 300 atau 3 kali ganda.

Kajian saintifik Institut penyelidikan Bio-Fizikal Jerman mendapati pelepasan haba daripada batu garam kristal mampu memulihkan kualiti udara. Garam adalah bersifat semulajadi (neutral). permukaan garam akan mnyerap lembangan dari udara. Apabila dipanaskan, ia akan melepaskan semula zarah-zarah ion negatif ke udara. Ion-ion negatif ini mampu membunuh bakteria dan membersihkan udara walaupun dalam kuantiti yang kecil.

No comments: